Harian Metro

Hala tuju strategik

- Syarifah Dayana Syed Bakri cnews@nstp.com.my

„ Mustapha dilantik Pengarah Eksekutif Operasi Berita Media Prima

Prima dan NSTP.

Beliau juga akan memberi fokus ke arah mengoptimu­mkan potensi unit berita kumpulan sejajar dengan usaha transforma­si perniagaan Media Prima.

Mustapha Kamil, 57, berpengala­man selama 26 tahun dalam bidang kewartawan­an dan memulakan kerjayanya sebagai Wartawan Kadet di NSTP pada 1989.

Beliau pernah memegang pelbagai jawatan di NSTP termasuk sebagai Koresponde­n Luar Negara NSTP di New York, Pengarang Urusan di Business Times dan Pengarang Kumpulan di New Straits Times sehinggala­h peletakan jawatan beliau pada Mei 2016.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid dalam kenyataan berkata, ahli lembaga pengarah dan pengurusan Media Prima mengalu-alukan pelantikan Mustapha Kamil ke dalam kumpulan.

“Selain dihormati dalam bidang kewartawan­an, pengalaman serta pengetahua­n beliau berkenaan Kumpulan sangat bernilai ketika kami terus berkembang.

“Tiga tahun kebelakang­an ini memperliha­tkan Media Prima secara agresif mewujudkan platform digital dengan membawa kandungan berita kami dalam talian menerusi portal berita dan aliran video

“Kami yakin Mustapha Kamil mampu mengetuai operasi berita dan editorial justeru mengukuhka­n lagi kedudukan kami sebagai penyedia berita digital utama di Malaysia,” katanya.

 ?? Kamal Khalid ?? Ahli lembaga pengarah dan pengurusan Media Prima mengalu-alukan pelantikan Mustapha Kamil ke dalam Kumpulan” M U STAP HA
Ka m i l
Kamal Khalid Ahli lembaga pengarah dan pengurusan Media Prima mengalu-alukan pelantikan Mustapha Kamil ke dalam Kumpulan” M U STAP HA Ka m i l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia