Harian Metro

Dua pelajar maut motosikal dinaiki bertembung kereta

-

Dua pelajar tingkatan dua maut apabila motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bunut SusuTendon­g di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, mangsa, Aiman Mustakim Ali, 14, dan Muhammad Aminsyahri­l Ezzry Ibrahim, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, jam 9.20 malam.

Katanya, mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu itu menaiki motosikal Honda EX-5 dipercayai bertembung dengan kereta Proton Wira yang datang dari arah bertentang­an.

Bagaimanap­un, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal datang dari arah Tendong menuju ke Bunut Susu manakala kereta terbabit dari arah bertentang­an.

“Kita percaya seorang daripada mereka hilang kawalan sehingga menyebabka­n kenderaan terbabas dan memasuki laluan bertentang­an,” katanya.

Media Prima Berhad (Media Prima) mengumumka­n pelantikan Mustapha Kamil Mohd Janor sebagai Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial, Media Prima.

Kumpulan turut mengumumka­n pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) dan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berkuat kuasa 2 Oktober 2018.

Sebagai Pengarah Eksekutif, beliau bertanggun­gjawab dalam keseluruha­n fungsi operasi berita dan editorial di Media Prima.

Ini termasuk penetapan hala tuju strategik serta pemantauan operasi berita di Rangkaian Televisyen Media

 ??  ?? MAYAT mangsa kemalangan motosikal bertembung kereta.
MAYAT mangsa kemalangan motosikal bertembung kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia