Harian Metro

Empat larikan diri dari rumah perlindung­an ditemui selamat

-

Empat kanak-kanak yang dilaporkan melarikan diri dari Rumah Perlindung­an Kanak-Kanak Taman Bakti di sini, dengan melalui tingkap asrama berkenaan pada Ahad lalu ditemui selamat di Alor Setar, Kedah, semalam.

Dua daripada mereka itu ditemui di dua rumah berasingan manakala dua lagi dijumpai berada di Stesen Bas Shahab Perdana.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui di sebuah rumah di Taman Selesa dan seorang lagi yang berusia 11 tahun dalam sebuah rumah kosong di Jalan Menanti.

Menurut, dua kanak-kanak yang ditemui di stesen bas pula berusia sembilan dan 12 tahun.

“Mereka akan dibawa ke sini (IPD Seberang Perai Utara) untuk tindakan selanjutny­a.

“Kami berterima kasih kepada pihak media kerana melaporkan kehilangan mereka sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak ini,” katanya. Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan mengetuai delegasi Media Prima Berhad dan NSTP dalam Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund ke Sittwe, Myanmar, bagi melihat penyerahan pusat kesihatan di sana.

Selain Mohamed Jawhar, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid dan Pengurus Pegawai Perhubunga­n Korporat Kumpulan Media Prima Berhad (MPB) Wan Abdillah Wan Nawi turut menyertai delegasi berkenaan.

Wakil dari MPB ini turut diiringi Ketua Komunikasi dan Strategik Mercy Malaysia Chan Li Jin dan Pemangku Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Ir Amran Mahzan.

Kumpulan ini berlepas ke Yangon semalam, sebelum mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Myanmar, Tuan Zahairi Baharim di Rumah Malaysia pada tengah hari.

Esok kumpulan berkenaan akan berlepas dari Yangon ke Sittwe bagi menyaksika­n penyerahan Pusat Kesihatan Pendalaman Kyautan, Sittwe.

Pusat kesihatan berkenaan yang juga satu daripada projek tanggungja­wab sosial MPB dan Mercy Malaysia mula dilaksanak­an pada tahun 2016 bagi membantu warga Myanmar di kawasan pendalaman mendapatka­n rawatan kesihatan.

 ??  ?? ANGGOTA D9 SPU mengesan empat kanak-kanak yang melarikan diri dari Rumah Perlindung­an Kanak-Kanak Taman Bakti.
ANGGOTA D9 SPU mengesan empat kanak-kanak yang melarikan diri dari Rumah Perlindung­an Kanak-Kanak Taman Bakti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia