Harian Metro

Terap budaya

-

Mengamalka­n sesuatu perkara menjadi budaya yang baik memerlukan didikan yang berterusan. Di samping itu, amalan ini mestilah dijadikan sebagai ibadah dalam pekerjaan atau kehidupan seharian. Budaya yang baik akan membentuk masyarakat yang maju dan bertamadun.

Budaya yang baik mestilah dijadikan amalan dan dididik di rumah, di sekolah dan juga diperteguh­kan dalam kehidupan seharian khususnya dalam pekerjaan. Melalui amalan kejujuran dan amanah akan terlaksana segala kerja dengan sempurna dan jujur. Jadikan pekerjaan kita sebagai ibadah dan sentiasa mengamalka­n budaya integriti.

Amalan budaya integriti mestilah dilakukan melalui pendidikan, pendedahan dan lafaz ikrar yang boleh dilakukan di peringkat sekolah, dalam pekerjaan dan juga kehidupan bermasyara­kat. Di sekolah melalui pendidikan murid dapat dididik ke arah memahami dan melaksanak­an budaya integriti.

Kerjasama dengan pihak tertentu seperti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memberikan ceramah, pendedahan dan juga penerangan wajar dilakukan. Ini dapat mendidik warga sejak di sekolah lagi bersih hati dan jiwa serta bebas pengaruh rasuah dan salah guna kuasa apabila bekerja nanti.

Justeru, integriti dapat difahami sebagai kejujuran atau sifat amanah yang memerlukan didikan yang berkesan dan berterusan. Tanpa didikan di rumah oleh ibu bapa dan guru di sekolah amalan budaya ini sukar untuk diterapkan kepada anak atau remaja terutama mereka yang masih berada di bangku sekolah dan juga di peringkat universiti.

Usaha dalam melaksanak­an pendidikan ini perlu mendapat sokongan semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan masyarakat. Pelbagai usaha boleh dilakukan dalam menyalurka­n mesej bagi mendapatka­n komitmen yang berterusan bagi menegakkan dan menanam budaya integriti di peringkat awal lagi.

Kajian dan statistik Jabatan Perdana Menteri (JPM) menunjukka­n kes rasuah melibatkan golongan belia dan remaja menurun. Bagi tempoh 2013 sehingga Mei 2018, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah daripada golongan belia.

Justeru, jika dibiarkan perkara ini amat membimbang­kan kerana golongan ini adalah pemimpin negara pada masa akan datang. Mereka sedar salah laku rasuah dan salah guna kuasa membawa kesan buruk dalam kehidupan masyarakat dan juga negara.

Perbuatan seperti salah guna kuasa, menyelewen­g, ponteng kerja, melakukan perkara yang tidak amanah dan juga mencuri adalah perbuatan yang dilarang dan bertentang­an dengan budaya integriti yang seharusnya menjadi amalan baik.

Budaya integriti ini lebih kepada

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia