Harian Metro

Tunggu 50,000 tahun

-

„ Manusia berkumpul sangat lama di Padang Mahsyar kerana dosa

dalam lautan, maka hendaklah dia melihat apa yang dibawa oleh jarinya itu ketika diangkat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Keutamaan taubat itu sangat besar. Itulah bezanya antara pencipta dan makhluk. Di dunia ini, apabila seseorang melakukan seribu kebaikan sekalipun, namun akibat tersilap langkah melakukan satu kesalahan, menyebabka­n kebaikan dilakukan sebelum ini ‘terpadam’ akibat satu kesilapan itu.

Berbeza dengan Allah SWT sebagai pencipta, apabila Dia mendapati hamba-hamba-Nya melakukan pelbagai dosa dan maksiat, tetapi jika manusia itu menebus kesalahan itu dengan satu taubat, maka Allah SWT tetap akan mengampunk­an dosa-dosanya yang terdahulu.

Taubat sebenarnya adalah satu tujuan penciptaan manusia di atas muka bumi ini. Allah SWT tidak pernah sesekali mencari kesalahan makhluk yang tidak pernah melakukan dosa.

Allah SWT Mengetahui manusia tetap akan melakukan dosa dan membuat kerosakan di dunia, namun Dia tetap menciptaka­n kita semua kerana ingin menunggu siapa di antara makhluk-Nya yang bertaubat dan meninggalk­an dosa lalu.

Dunia ini terbukti dan sangat pasti kita semua akan tinggalkan. Apabila ia ‘pasti’ ditinggalk­an, maka tidak layak untuk ia ‘diminati’. Justeru, berapa lama lagi tempoh atau sisa hidup kita di dunia ini? Belum tentu sampai sehingga 80 tahun atau 100 tahun.

Paling utama yang perlu difikirkan adalah untung nasib kita di alam barzakh dan alam akhirat kelak supaya ia dapat dilalui dengan penuh nikmat dan kebahagiaa­n.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia