Harian Metro

Kembali cemerlang

- Rohaniza Idris dan Manirajan Ramasamy cnews@nstp.com.my

„ Pelabur di AS, UK beri reaksi positif susulan penjelasan Tun Mahathir

Malaysia boleh menjadi Harimau Asia semula dengan sambutan pelabur asing yang berjanji mahu melabur ke negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, berdasarka­n reaksi pelabur pada pertemuan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mereka berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan mengenai kedudukan negara selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan.

Katanya, mereka juga berjanji akan ke negara ini untuk melabur.

“Saya memberitah­u apa yang diutamakan kerajaan adalah untuk mewujudkan seberapa banyak peluang pekerjaan bagi rakyat di semua peringkat.

“Mereka (pelabur) membuat pengakuan memerlukan pegawai, jurutera dan pekerja majoriti untuk mengeluark­an barang yang bermutu tinggi,” katanya berucap di hadapan 300 penyokong PH yang menyambut beliau di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam.

Beliau bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan rombongann­ya disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan Md Yusof serta beberapa timbalan menteri.

Dr Mahathir dan rombongan tiba kira-kira 6.25 petang dari London selepas mengunjung­i United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi menghadiri Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke-73 di New York.

Dr Mahathir mengingatk­an supaya tidak menghampak­an pelabur asing dengan membuat persediaan dan bekerja keras serta tertib bagi memenuhi kehendak mereka.

Katanya, buktikan kepada pelabur ini bahawa Malaysia mampu mengeluark­an barang berkualiti dan buktikan negara ini mampu pulih serta kembali maju memegang semula gelaran ‘Harimau Asia’ dalam ekonomi rantau ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, katanya, pada pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May, beliau memberikan taklimat khusus mengenai cara Malaysia menangani masalah rasuah.

Katanya, May berpuashat­i dengan taklimat itu dan terkejut dengan sambutan yang diberikan pelabur dan ahli perniagaan di sana.

 ??  ?? DR Mahathir ketika tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, selepas lawatan kerja di AS dan UK.
DR Mahathir ketika tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang, selepas lawatan kerja di AS dan UK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia