Harian Metro

Sedikit sangat serah lesen terbang

-

Kuala Lumpur: Jumlah individu yang tampil menyerahka­n ‘lesen terbang’ kepada Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) sehingga kini sangat sedikit dan tidak menepati jangkaan yang sepatutnya.

Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook yang menyuaraka­n kekesalan berhubung perkara itu berkata, tempoh sebulan mulai 13 September lalu diberikan untuk individu berkaitan berbuat demikian.

Bagaimanap­un, katanya, mereka masih berkeras menggunaka­n ‘lesen terbang’ kerana mungkin beranggapa­n kerajaan tidak serius dalam mengenakan tindakan perundanga­n.

“(Jumlah lesen terbang yang dipulangka­n) terlalu sedikit, mungkin orang rasa kita tidak serius. Oleh itu, saya nak ingatkan, mereka hanya ada tempoh kurang daripada dua minggu lagi untuk berbuat demikian.

“Saya beri jaminan, tiada tindakan punitif dikenakan terhadap mereka jika tampil menyerahka­n lesen terbang kepada pejabat JPJ berdekatan, malah kita akan beri bantuan penyelesai­an.

“Ia termasuk membantu mereka mendapatka­n lesen yang sah,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke JPJ Wilayah Persekutua­n di sini, semalam.

Siew Fook berkata, kerajaan tidak berniat untuk mengheret individu yang masih menggunaka­n lesen terbang ke JPJ dan mahkamah meskipun mempunyai latar belakang dan maklumat mengenai mereka.

Sehubungan itu, katanya, jalan terbaik ialah akur dengan arahan untuk memulangka­n lesen terbang selain menggunaka­n saluran betul bagi mendapatka­n lesen memandu yang sah. Kuala Lumpur: Berita baik buat golongan pendidik di seluruh negara apabila bakal dikecualik­an daripada beban tugas perkerania­n selewat-lewatnya pada Januari depan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, inisiatif itu antara usaha pihaknya bagi memperkasa kerjaya guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumk­an bagi tujuan mengajar sebaliknya dibebankan dengan tugas perkerania­n.

“Awal Januari depan, (saya fikir) ada berita baik untuk guru. Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringanka­n beban guru yang akan dibentangk­an kepada saya selewat-lewatnya pada Disember ini.

“(Selepas ini) mereka tidak perlu lagi melakukan kerja perkerania­n lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Forum Peningkata­n Standard Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Peringkat Kebangsaan di HGH Concention Centre di sini, semalam.

 ?? Anthony Loke Siew Fook ?? Tiada tindakan punitif dikenakan terhadap mereka jika tampil menyerahka­n lesen terbang kepada pejabat JPJ berdekatan, malah kita akan beri bantuan penyelesai­an”
Anthony Loke Siew Fook Tiada tindakan punitif dikenakan terhadap mereka jika tampil menyerahka­n lesen terbang kepada pejabat JPJ berdekatan, malah kita akan beri bantuan penyelesai­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia