Harian Metro

Apa salah pergi kuil?

- Mohd Iskandar Ibrahim cnews@nstp.com.my

„ Anwar ulas kenyataan Presiden PAS dakwa calon PH tak konsisten

Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memelihara dan meneruskan interaksi serta hubungan baik dengan semua kaum, sejajar kepelbagai­an etnik dan agama di negara ini.

Ketua Umum PKR itu berkata, adalah penting untuk menjaga keharmonia­n pelbagai kaum dan menghormat­i perbezaan agama di negara ini bagi memastikan keamanan serta kestabilan dikecapi berkekalan.

“Baru-baru ini, ada yang mempersoal­kan saya pergi kuil. Saya ingin jelaskan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan saya pun pernah pergi ke gereja.

“Kami melawat gereja yang rosak akibat dibaling bom petrol, kami masuk gereja. Jadi apa masalahnya.

“Jika pergi ke kuil, pergi ke tempat orang Sikh, orang Kristian, kita hormat mereka.

“Apa yang tidak boleh dikompromi ialah soal akidah, yang kita tidak boleh buat ialah melakukan amalan mereka, sembahyang cara mereka.

“Ada hadnya tetapi kita tetap perlu menghormat­i mereka,” katanya dalam sesi ceramah sempena kempen PRK Parlimen Port Dickson di Kampung Pachitan di sini, malam kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hadi yang mendakwa Anwar tidak konsisten menjaga jati diri sebagai seorang Islam.

Presiden PAS itu dilaporkan berkata, Anwar menjadi imam apabila berada di masjid tetapi apabila berada di kuil, sanggup berpakaian dan menari bersama penganut agama lain.

Anwar berkata, isu itu tidak perlu dipanjangk­an kerana beliau dan PAS pernah bersahabat.

“Saya datang sini (PRK Port Dickson) bukan mahu bergaduh dengan parti lain kerana PAS adalah kawan kita dulu.

“Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Mahfuz Omar dulu juga adalah Naib Presiden PAS, tiada masalah,” katanya.

 ??  ?? ANWAR beramah mesra bersama komuniti India sempena kempen PRK Parlimen Port Dickson di sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan.
ANWAR beramah mesra bersama komuniti India sempena kempen PRK Parlimen Port Dickson di sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia