Harian Metro

‘Kalau nak serang peribadi, memang seronok...’

-

“Pucuk kepemimpin­an parti memberi kebebasan bahkan ia hak ahli untuk memilih calon pilihan namun saya yakin mereka akan memberi sokongan terhadap Isa,” katanya.

Dickson: Tan Sri Isa Samad memberi amaran untuk melakukan perkara sama jika pencabarny­a berterusan menyerang peribadi sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu menegaskan, beliau tidak pernah menyerang peribadi mana-mana calon bertanding kerana tindakan itu disifatkan sebagai tidak baik.

“Saya tidak akan melakukan serangan peribadi kerana setiap kali berjumpa pengundi, saya hanya bercerita mengenai isu tempatan. Itu lebih penting.

“Jika mereka berterusan menyerang peribadi saya, saya tiada pilihan dan melakukan perkara sama.

“Kalau nak mula (serang peribadi) memang seronok, dari 1998 pun saya boleh bercerita kerana semua dalam kocek saya,” katanya ketika ditemui Kampung Arab di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar yang antara lain menyalahka­n Isa berhubung penularan wabak jangkitan Japanese Encephalit­is (JE) di Negeri Sembilan pada awal 2000.

Zulkefly menyebut perkara itu dalam program ceramah di Kampung Pachitan di sini, malam kelmarin.

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sembilan itu turut mengaitkan Isa berhubung masalah yang menyelubun­gi FELDA.

 ??  ?? ISA melaungkan kata-kata semangat bersama penduduk ketika mengadakan kempen PRK Parlimen Port Dickson di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson.
ISA melaungkan kata-kata semangat bersama penduduk ketika mengadakan kempen PRK Parlimen Port Dickson di Kampung Bagan Pinang, Port Dickson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia