Harian Metro

Rea tercalon dalam ABPBH 31

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pembabitan­nya dalam bidang penyiaran berlaku tanpa dirancang kira-kira empat tahun lalu.

Namun penyampai Kool FM, Rea percaya dia sudah membuat pilihan yang tepat untuk menceburi kerjaya dalam bidang penyiaran ketika ini.

Menurut pemilik nama sebenar Tengku Nor Suriya Tengku Mohamad, 29, ini, dia juga semakin selesa bersiaran di konti radio Kool FM sejak dua tahun lalu.

“Saya akui ramai yang lebih mengenali suara di konti berbanding di luar. Saya juga menganggap ia perkara yang biasa jika pendengar lebih mengenali suara kerana saya juga masih baru berbanding penyampai senior sedia ada.

“Walaupun baru dua tahun di Kool FM, ramai pendengar yang memberi maklum balas positif ketika saya mengendali­kan segmen Muzik Kool Tanpa Henti. Ia turut menyuntik semangat untuk saya terus memberikan yang lebih baik dari semasa ke semasa,” katanya.

Graduan jurusan Perhotelan dan

Pelanconga­n dari Universiti Teknologi MARA (UITM), Shah Alam ini juga menimba pengalaman baru sebagai penyampai radio setiap hari.

“Saya juga berpeluang bertemu individu berbeza serta mengumpul idea untuk dikongsika­n bersama pendengar.

“Selain mengikuti perkembang­an senario industri muzik semasa, saya juga banyak belajar pelbagai perkara daripada penyampai lain,” katanya.

Mengulas mengenai pencalonan dalam acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH 31),

Rea mengakui dirinya sangat bersyukur kerana tersenarai dalam calon awal kategori Penyampai Radio Popular berkenaan.

“Saya memulakan kerjaya di stesen Hot FM Terengganu sebelum menyertai Kool FM. Saya juga tidak anggap diri dalam kelompok popular berbanding penyampai senior sedia ada.

“Justeru, saya sangat terharu apabila dapat tahu daripada rakan setugas nama tercalon dalam senarai awal kerana ia membuktika­n kepercayaa­n stesen radio pada kemampuan diri ini ketika mengendali­kan segmen terbabit ,” katanya.

Ditanya soal kemenangan pula, kata Rea, dia hanya menyerahka­n

Selesa bersiaran di konti radio Kool FM sejak dua tahun lalu

perkara itu kepada rezeki dan ketentuan Tuhan.

“Saya amat bersyukur apabila nama tersenarai dalam pencalonan awal. Sama ada nama tercalon dalam Top 5 kategori Penyampai Radio Popular yang akan diumumkan pada kemuncak acara ABPBH Ke31 pada 7 Oktober ini, semuanya juga saya serahkan pada rezeki,” katanya.

Bakal diijabkabu­lkan dengan pemain dram kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan Abdul Halim pada 18 November depan, Rea mengakui dia berdebar menanti detik disatukan sebagai suami isteri.

Anak keempat daripada lima beradik ini bertuah kerana segala persiapan menjelang hari bahagianya dibantu keluarga keduadua belah pihak.

“Saya juga sudah bersedia memikul tanggungja­wab sebagai isteri. Saya dan Faeez memilih untuk disatukan di Damansara, Petaling

Jaya disusuli majlis resepsi serentak membabitka­n kedua-dua keluarga bagi memudahkan sanaksauda­ra dan kenalan berkumpul untuk memeriahka­n majlis ini nanti,” katanya .

Mengenai kriteria yang ada pada Faeez, kata Rea, dia terpikat pada personalit­i yang ada pada dirinya.

“Sepanjang setahun berkawan, saya terpikat dengan cara dia melayani keluargany­a. Dia memang lelaki yang mengutamak­an ibu bapanya.

“Saya percaya dialah yang terbaik untuk menjadi calon suami,” katanya.

Rea dan Faeez bertunang pada Februari lalu di kediaman keluargany­a di Terengganu.

 ??  ?? Saya sangat terharu apabila dapat tahu daripada rakan setugas nama tercalon dalam senarai awal kerana ia membuktika­n
kepercayaa­n stesen radio pada kemampuan diri ini ketika mengendali­kan segmen terbabit
Saya sangat terharu apabila dapat tahu daripada rakan setugas nama tercalon dalam senarai awal kerana ia membuktika­n kepercayaa­n stesen radio pada kemampuan diri ini ketika mengendali­kan segmen terbabit

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia