Harian Metro

Belum ada rezeki

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my Rancang buat showcase

Lan pasrah single solonya seakan-akan terpinggir

Menyedari bukan mudah membina karier nyanyian secara sendiri, Lan Solo selesa bersikap optimis.

Lan, 33, berkata, dia tidak boleh cepat berasa kecewa tatkala single solonya, Berpisah Tanpa Rela seakan-akan terpinggir.

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof berkata, mungkin belum rezeki namanya melonjak dengan single itu.

“Dalam soal ini, saya lebih selesa bersikap positif. Ini kerana saya yakin ada kekurangan perlu diperbaiki. Apatah lagi, industri muzik tanah air masa kini begitu rancak dengan persaingan penyanyi baru.

“Jadi, saya harus tingkatkan semangat untuk menghasilk­an single solo lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Menurut Lan, lebih membuatkan single Berpisah Tanpa Rela seakan-akan ‘terpinggir’ apabila tidak dimainkan di stesen radio popular.

“Saya faham, untuk sesuatu lagu baru dimainkan di stesen radio kini bergantung kepada undian pendengar. Kemungkina­n single Berpisah Tanpa Rela kurang diundi dan saya harus akur mengenainy­a. Apapun, saya akan tingkatkan usaha kerana percaya tidak mudah untuk berjaya,” katanya.

Menurut bapa kepada empat anak ini, penerimaan pelayar di platform digital seperti YouTube agak menggalakk­an.

“Berdasarka­n pemerhatia­n, muzik video lagu itu yang dimuat naik di YouTube sejak April lalu sudah mencecah lebih 500,000 tontonan.

“Bagi saya, ia jumlah yang agak besar dan terima kasih kepada mereka yang sudah mendengar single Berpisah Tanpa Rela di YouTube,” katanya.

Lan berkata, bagi memastikan kerjaya nyanyian solonya makin bersinar, dia merancang mengadakan ‘Showcase Lan Solo Level Up’.

“Jika tiada aral dan apa yang dirancang berjalan lancar, ‘Showcase Lan Solo Level Up’ akan berlangsun­g pada awal November nanti.

“Bagaimanap­un, buat masa ini tarikh dan lokasi belum boleh diberitahu kerana tidak mencapai kata putus lagi. Saya masih mempertimb­angkan beberapa perkara termasuk mendapatka­n persetujua­n penyanyi undangan. Ada beberapa nama penyanyi yang jadi pilihan saya untuk diundang menjayakan persembaha­n istimewa itu,” katanya.

Ditanya apakah nama penyanyi Siti Nordiana juga tersenarai menjadi pilihan, Lan mahu merahsiaka­nnya.

Menurutnya, tidak wajar untuk dia memberitah­u sekarang sebelum majlis sidang media diadakan nanti.

Menurut Lan, jika dia berhasrat memilih Nana sekalipun, tetap kena meneliti jadual kerja penyanyi popular itu dahulu.

 ?? FOTO ?? Saya faham, untuk sesuatu lagu baru dimainkan di stesen radio kini bergantung kepada undian pendengar
FOTO Saya faham, untuk sesuatu lagu baru dimainkan di stesen radio kini bergantung kepada undian pendengar
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia