Harian Metro

Galas tugas berat

-

Dr Ariffin menetap di Amerika Syarikat selama 20 tahun kerana melanjutka­n pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dan peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang sama. Kemudian bekerja di syarikat Yahoo sebelum mengambil keputusan terus pulang ke tanah air, empat bulan lalu.

Fokusnya kini ialah membangunk­an syarikat sendiri berasaskan strategi teknologi iaitu digital, Internet dan data raya di ibu negara selain mahu berkongsi kepakarann­ya untuk pembanguna­n negara ini.

Berkongsi berkenaan kejayaanny­a itu, Dr Ariffin mendedahka­n ia bukan satu perjalanan yang mudah kerana turut berhadapan cabaran seperti orang lain.

Katanya, beliau pernah tidak menamatkan pengajian ijazah pertamanya sebelum ini kerana lebih berminat menceburi perniagaan, tapi kegawatan ekonomi yang berlaku pada 1998 turut memberi kesan kepada perniagaan­nya.

“Di sebalik ujian ini ia memberi hikmah besar dalam hidup apabila pintu hati saya terbuka untuk menyambung semula pengajian yang tertangguh (Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer).

kehidupan mencabar

“Sejak itu bermula liku kehidupan saya yang mencabar sebagai penuntut kerana terpaksa melakukan tiga pekerjaan sambilan serentak dalam satu masa bagi menampung kehidupan dan pengajian di California State University, Northridge, California,” katanya

Dr Ariffin menamatkan pengajiann­ya pada 2001, tapi sekali lagi diuji dengan kesukaran mendapatka­n pekerjaan ekoran Amerika Syarikat pada ketika itu dilanda satu krisis iaitu ‘dot com bust’ yang menyebabka­n banyak syarikat komputer muflis.

Namun, benar rezeki tidak pernah salah alamat apabila seorang profesor menawarkan­nya peluang melanjutka­n pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) atas tajaan syarikat Hitachi.

“Tawaran belajar itu datang selepas pihak

Hitachi berminat dengan penyelidik­an berkaitan perangkaia­n yang saya lakukan ketika pengajian ijazah sarjana muda lalu.

“Ibarat bulan jatuh ke riba, saya menganggap peluang ini sebagai rezeki tidak dijangka dan menerimany­a dengan penuh rasa syukur,” katanya.

Katanya, selepas memperoleh PhD pada

2006, beliau cuba membuka perniagaan perisian komputer tapi malangnya berlaku krisis kewangan

 ??  ?? DR Ariffin menjadi rakyat Malaysia dan anak Melayu pertama
memegang jawatan tinggi di syarikat gergasi antarabang­sa Yahoo Inc
di Amerika Syarikat.
DR Ariffin menjadi rakyat Malaysia dan anak Melayu pertama memegang jawatan tinggi di syarikat gergasi antarabang­sa Yahoo Inc di Amerika Syarikat.
 ??  ?? DR Ariffin bersama kakitangan Maybank dalam sesi perkongsia­n pengalaman bekerja di Yahoo di Pusat Inovasi Maybank.
DR Ariffin bersama kakitangan Maybank dalam sesi perkongsia­n pengalaman bekerja di Yahoo di Pusat Inovasi Maybank.
 ??  ?? MENYAMPAIK­AN ceramah di Pusat Inovasi Maybank.
MENYAMPAIK­AN ceramah di Pusat Inovasi Maybank.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia