Harian Metro

1 JURUJUAL,

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Kakitangan

Jakel bertindak

sebagai pemudah cara bantu pengunjung buat pilihan tepat dan

terbaik

Buntu membuat keputusan untuk memilih kain selari cita rasa dek rambang mata melihat terlalu banyak pilihan. Itu senario biasa yang dialami ramai orang setiap kali memasuki manamana gedung tekstil.

Bagaimanap­un, masalah itu tidak akan berlaku jika membeli-belah di pusat gedung tekstil terkenal, Jakel kerana pusat berkenaan memberi layanan kelas pertama kepada pelanggann­ya.

Ia menerusi pendekatan satu jurujual, satu pelanggan di mana jurujual sentiasa bersedia membantu pelanggan dan melayan mereka bagaikan ‘raja’ hingga selesai membelibel­ah.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed berkata, konsep itu dilaksanak­an sejak

2004. Dikatakan hanya

Jakel sebagai syarikat tekstil di negara ini yang mengamalka­n konsep berkenaan.

Beliau berkata, setiap jurujual mempunyai kemahiran dan ilmu pengetahua­n berkenaan jenis fabrik.

Mereka bertindak sebagai pemudah cara membantu pelanggan membuat pilihan tepat dan terbaik.

“Di Jakel Mall (Kuala Lumpur) kami mempunyai 800 jurujual dan ada lebih 6,000 jurujual di 21 cawangan seluruh negara.

“Kami turut menyediaka­n khidmat perunding percuma di Jakel bagi pakaian pengantin, fabrik bersesuaia­n untuk majlis keraian dan langsir dengan perkhidmat­an menjahit.

“Jadi pelanggan boleh mendapatka­n semua produk ini di bawah satu bumbung yang memudahkan mereka berbelanja dalam keadaan selesa,” katanya selepas mengumumka­n Jualan Jumbo Jakel Setahun Sekali 2018 yang berlangsun­g dari 24 September hingga 15 Oktober ini.

Menurutnya, idea konsep ini tercetus apabila Jakel cawangan Segamat, Johor menjadi tumpuan pelanggan dari pantai timur datang ke pusat berkenaan untuk membeli-belah dalam kumpulan yang ramai.

“Dari situ, kami menyedari pelanggan mahukan layanan berterusan untuk memudahkan mereka berbelanja terutama membantu membuat pilihan.

 ??  ?? MOHAMED Faroz bersama pelanggan sempena Jualan Jumbo Jakel.
MOHAMED Faroz bersama pelanggan sempena Jualan Jumbo Jakel.
 ??  ?? JAKEL sentiasa menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai untuk membeli-belah.
JAKEL sentiasa menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai untuk membeli-belah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia