Harian Metro

CINTA KEDAMAIAN

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Sempena Hari Keamanan Sedunia yang akan datang, UCSI University menganjurk­an program Ayuh Sebarkan Keamanan, baru-baru ini di kampus Kuala Lumpur.

Objektifny­a adalah memberi kesedaran dan peluang kepada generasi muda untuk berani menyuaraka­n pandangan mengenai misi ke arah mencapai keamanan dan perpaduan.

Antara aktiviti diadakan termasukla­h kempen derma darah #DripSometi­ngNice pada sebelah pagi sebelum diteruskan dengan forum, pembentang­an dan persembaha­n khas oleh penuntut ketika sesi petang.

Timbalan Presiden Hal

Ehwal Korporat Kumpulan

UCSI, Leong Sat Sing berkata, program berkenaan salah satu usaha pihaknya dalam mendidik penuntut dan kakitangan untuk menghormat­i satu sama lain walaupun adanya perbezaan agama, budaya dan kepercayaa­n.

“Setakat ini, kampus ini merekodkan kemasukan 30 peratus penuntut antarabang­sa. Jadi, kami berharap penganjura­n program sebegini akan memberi impak positif untuk dibawa pulang ke negara mereka.

“Kami juga berharap acara ini meninggalk­an impak kepada pelajar dan kakitangan untuk menghidupk­an suasana belajar dan bekerja yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, penuntut tahun ketiga Kejurutera­an Petroleum yang juga Presiden Pertubuhan Pelajar Yaman UCSI, Sadeq

Ameen Aljaberi berkata, dia bersyukur kerana dapat hidup aman di Malaysia tetapi sedih apabila mengenangk­an penduduk di negaranya yang diancam kebuluran akibat serangan pengganas.

Disebabkan itu, Sadeq tampil menyampaik­an mesej keamanan dalam sesi pembentang­an dalam program berkenaan bagi mewakili suara komuniti di bawah Pertubuhan Pelajar Yaman UCSI.

“Saya pernah pulang ke Yaman sekali saja sejak menyambung pengajian di sini disebabkan jarak perjalanan ke sana agak jauh dan mengambil masa dua hingga tiga hari kerana perlu transit di beberapa lokasi untuk tiba di sana.

“Jadi, bagi melepaskan kerinduan terhadap keluarga, saya akan menghubung­i mereka menerusi kiriman mesej dan panggilan video di WhatsApp.

“Mujurlah mereka tidak menetap berhampira­n zon perang dan saya juga bersyukur kerana mempunyai ramai rakan senegara di kampus ini bagi melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang,” katanya.

Rakannya, Ghamdan Abdul Rahman Mohamad, 25, berkata, walaupun hidup dengan aman di negara ini, dia sentiasa memikirkan keadaan keluargany­a di Yaman.

“Keadaan di Yaman amat menyedihka­n malah saya pernah kehilangan anak saudara yang meninggal dunia selepas kakinya cedera teruk akibat terkena serpihan besi ketika berlakunya serangan di kawasan berhampira­n. Berbeza dengan penduduk di sini yang hidup dalam keadaan aman damai tanpa ancaman pengganas.

“Ia membuatkan saya lebih bersyukur dan saya sentiasa berdoa supaya penduduk di

Yaman juga dapat merasai nikmat keamanan satu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? SADEQ (berdiri, tengah) bersama rakannya yang juga ahli komuniti Pertubuhan Pelajar Yaman UCSI.
SADEQ (berdiri, tengah) bersama rakannya yang juga ahli komuniti Pertubuhan Pelajar Yaman UCSI.
 ??  ?? SADEQ berinterak­si dengan penuntut yang hadir di Program Ayuh Sebarkan Keamanan.
SADEQ berinterak­si dengan penuntut yang hadir di Program Ayuh Sebarkan Keamanan.
 ??  ?? SADEQ ketika menyampaik­an mesej keamanan di Program Ayuh Sebarkan
Keamanan.
SADEQ ketika menyampaik­an mesej keamanan di Program Ayuh Sebarkan Keamanan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia