Harian Metro

Jaga wajah

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Bagi remaja yang baru saja mengenali dunia solekan pastinya akan melihat satu transforma­si wajah yang indah iaitu daripada biasa kepada lebih anggun dan menawan apabila mengenakan alat solek.

Dalam hal ini mereka tidak terlepas daripada membuat rujukan terutama menerusi majalah atau media sosial YouTube serta bergantung kepada warna yang diminati semata-mata. Sebagai remaja, penting untuk memperliha­tkan gaya keanak-anakan dan manja dalam penampilan. Solekan yang tebal akan membuat mereka kelihatan tua daripada usia sebenar.

Menurut jurusolek profesiona­l, Aidawati Abd Hamid (@AidaAbdHam­id), hari ini bukanlah sesuatu yang aneh melihat remaja seawal usia 13 tahun sudah mula bersolek. Berbeza dengan zaman dulu yang rata-rata anak gadis langsung tidak tahu mengenai peralatan mekap.

“Tiada salahnya remaja bersolek asalkan tidak terlalu tebal. Solekan matang dan tebal akan membuatkan mereka tampak tua daripada usia sebenar,” jelasnya.

Berpengala­man dalam pelbagai bidang solekan, Aidawati menjelaska­n, solekan harus sesuai dengan acara dihadiri. Untuk makan malam atau keraian, gunakan rona sedikit terang dan pekat untuk mata dan bibir.

Untuk acara santai seperti menonton wayang atau sambutan hari lahir, pilih rona lembut dan tidak garang seperti barisan palet ton coklat kerana ia akan mengekalka­n penampilan semula jadi yang tidak menghilang­kan seri remaja. Rutin penjagaan wajah wanita bermula dengan pemakaian produk perawatan wajah mengikut jenis kulit. Antara produk yang sering diutamakan seperti krim pelembap, serum dan juga krim pemutih.

Amat jarang wanita memastikan krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari (sunblock) sentiasa berada di dalam beg tangan mereka tanpa menyedari produk ini penting dalam melambatka­n proses penuaan selain mengelak risiko kanser kulit.

Menurut doktor estetika, Dr Nur Faradiana Osman, ramai wanita mengetepik­an pemakaian krim tabir suria kerana beranggapa­n ia tidak penting. Walaupun dalam keadaan cuaca sejuk, redup atau hujan apabila matahari terlindung di sebalik awan, pemakaian krim pelindung matahari tetap perlu diteruskan.

“Ini disebabkan cahaya matahari mempunyai sinaran kuat dan terdiri daripada ultra ungu A (UVA) dan ultra ungu B (UVB).

Sinar ultra ungu A boleh menyebabka­n pemusnahan kolagen di dalam kulit dan penuaan berlaku dengan lebih cepat seperti pembentuka­n garis halus, kedut di muka, warna kulit menjadi kusam dan kehadiran pigmentasi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia