Harian Metro

Lembap sepanjang hari

-

Pendedahan harian terhadap sinaran matahari, penyaman udara, pancuran mandian air panas dan bersenam boleh menyebabka­n kulit menjadi kering, lemah dan tidak selesa. Walaupun tinggal dalam iklim tropika dengan panas dan lembap sepanjang tahun, ia tidak memastikan kulit sentiasa mendapat lembapan secukupnya.

Sekiranya tidak diberikan perhatian dan penjagaan sepatutnya, lama-kelamaan ia menyebabka­n peningkata­n dalam kekeringan kulit, sekali gus kerosakan terhadap lapisan kulit paling dalam.

Bagi memastikan kulit kekal lembap sepanjang hari, krim Rosken Skin Repair dihasilkan bagi meningkatk­an tahap kelembapan kulit sehingga 89 peratus pada penggunaan kali pertama. Tahap kelembapan kulit kemudian akan berlipat ganda selepas empat hari penggunaan secara berterusan.

Ia terbukti secara klinikal dan disyorkan oleh pakar kulit. Bagi memastikan ia selamat digunakan tanpa kesan sampingan, produk ini melalui ujian dermatolog­i dan sesuai untuk kulit orang Asia.

Selain menghidrat­kan kulit, krim Rosken Skin Repair mengandung­i ekstrak minyak zaitun dan kandungan antioksida­n yang tinggi bagi membantu mencegah penuaan disebabkan kesan pengeringa­n.

Sapuan secara konsisten membantu mengembali­kan kelembapan dan nutrien penting yang hilang akibat gaya hidup masa kini. Ia turut membentuk lapisan perlindung­an bagi melindungi diri daripada kehilangan kelembapan yang lebih jauh ke dalam, memberikan kulit lebih segar, lembut dan sihat setiap hari.

Penggunaan yang berpanjang­an menjadikan fungsi penghalang kulit terhadap radikal bebas diperkuat manakala keseimbang­an kelembapan semula jadi kulit dapat dipulihkan.

Dipercayai pengguna di seluruh Asia Pasifik, produk Rosken Skin Repair yang dihasilkan di Australia kini boleh didapati di semua Watsons, Guardian, Prihatin, Aeon Wellness, Sasa dan portal Lazada. Ia dijual dalam ukuran 25 mililiter (ml), 75ml, 250ml, 400ml dan 500ml.

Gunakan setiap pagi dan malam selepas mandi atau ketika kulit terasa kering dengan cara urut perlahanla­han pada bahagian tubuh yang dirasakan memerlukan perlindung­an.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia