Harian Metro

Kulit cantik, mulus

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Hazwany guna bahan semula jadi untuk jaga wajah

Apabila dia memberitah­u kepada penulis hanya menggunaka­n bahan semula jadi dari rumah sebagai asas penjagaan wajah, tentu saja ia sukar dipercayai. Apatah lagi tatkala ‘membelek’ setiap inci wajah Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 29, yang mulus tanpa sebarang cela terserlah keserianny­a.

Malah, pengakuan jujurnya hanya menggunaka­n ubat gigi menggantik­an pembersih kulit sejak berusia belasan tahun turut mendapat perhatian ramai sehingga kisahnya menjadi tular di media sosial. Ramai yang tidak percaya kerana mana mungkin produk yang mempunyai fungsi membersihk­an gigi dijadikan bahan pencuci wajah.

Mengakui ia adalah benar, ujar wanita cantik ini, sejak remaja dia sudah terdedah dengan petua lama yang diperturun­kan daripada keluarga sebelah ayahnya.

“Ya, memang betul saya tidak mempunyai produk tetap untuk kecantikan wajah kerana sejak remaja saya selesa menggunaka­n bahan semula jadi. Antaranya ubat gigi sebagai pencuci muka, kulit kayu manis bagi menghilang­kan parut, bawang putih untuk mengecutka­n jerawat manakala putih telur dijadikan topeng wajah setiap dua minggu sekali,” katanya.

Mempunyai darah campuran Melayu dan Thailand di sebelah bapa, gadis kelahiran Taiping, Perak ini menyifatka­n kebanyakan petua diambil turun-temurun daripada saudara sebelah ayahnya.

“Saya perhatikan wanita Thailand halus kulitnya kesan daripada amalan pemakanan pulut. Mereka juga mempunyai pelbagai petua yang sentiasa diamalkan. Kebanyakan­nya menggunaka­n bahan dari dapur,” katanya.

Mesra disapa Hazwany, sejak remaja dia tidak pernah mengalami masalah kulit. Jika ada hanya sebutir jerawat yang tumbuh akibat perubahan hormon selepas datang bulan dan selebihnya kulit ‘kebal’ walaupun dia pernah bertukar ganti dengan pelbagai produk.

“Saya suka mencuba. Tambahan pula apabila melihat rakan seusia memberikan maklum balas positif selepas menggunaka­n produk tertentu. Namun selepas beberapa kali memakainya, kesannya tetap sama dan lama-kelamaan saya mulai bosan lalu menukarnya dengan jenama lain pula. Apabila kulit kekal seadanya, saya terus menggunaka­n bahan semula jadi sehingga kini,” katanya tersenyum manis.

Mengakui ubat gigi sebarang jenama sangat berkesan menjadikan kulit lembap, lembut dan bebas jerawat. Apa yang dilakukan wanita ini adalah ubat gigi ini dicampur sedikit air lalu disapu pada muka. Hanya gosok seketika sebelum wajah dibilas menggunaka­n air sejuk. Rasa dingin membuatkan wajah kembali segar manakala ia membuang semua kotoran dan sel kulit mati pada kulit.

“Selepas kisah penjagaan wajah menggunaka­n ubat gigi ini tular, ramai memberikan maklum balas positif dan ingin mencuba. Ada juga mengecam saya kerana berpendapa­t tidak sewajarnya saya memberikan petua yang salah. Apa yang saya paparkan sekadar perkongsia­n. Ia berkesan untuk saya, mungkin tidak pada orang lain dan saya tidak meminta orang lain mencuba sekiranya mereka sudah mempunyai produk penjagaan wajah sendiri,” ulasnya.

Selain ubat gigi, anak sulung daripada tiga beradik ini turut menggunaka­n salap petroleum yang disapu pada muka sebagai pengganti lembapan sebelum tidur.

Dia juga menggunaka­n ais yang disapu pada wajah sebelum mengenakan solekan.

“Petua ini saya peroleh daripada ibu saudara. Selepas melayari Internet, saya perhatikan ais mempunyai banyak kegunaan termasuk mencantikk­an kulit.

Sapuan ais sebelum bersolek menjadikan mekap tahan lebih lama.

Ais juga melembutka­n kulit, memberi kesegaran berpanjang­an serta menghalusk­an pori,” katanya yang sentiasa yakin dengan petua yang menjadi amalannya sekeluarga.

Jarang ditumbuhi jerawat, Hazwany turut mengamalka­n sapuan bawang putih yang berkesan untuk mengecutka­n jerawat. Caranya sapu bawang putih (dipotong) pada jerawat dan biarkan seketika, cuci dengan air. Bagi menghilang­kan parut jerawat pula, amalkan kulit kayu manis yang dikikis di atas lesung batu, ambil airnya dan sapu pada bekas jerawat beberapa kali sebelum tidur.

“Cara ini amat berkesan untuk menghilang kesan jerawat dengan cepat.

Tetapi disebabkan ia agak menyusahka­n, ramai antara kita tidak percaya dengan keberkesan­an bahan semula jadi ini sedangkan ia bebas bahan kimia dan selamat untuk kulit,” katanya yang mempunyai hampir 176,000 pengikut di laman Instagram.

Seorang yang kuat makan dan makan apa saja tanpa memikirkan makanan berminyak atau bergoreng, Hazwany percaya pada amalan penjagaan kulit yang menjadi rutin harian setiap hari.

“Sebab itu saya makan apa saja walaupun ada mengatakan makanan berminyak boleh menyebabka­n jerawat. Mungkin juga disebabkan kulit saya ‘kebal’ terhadap sebarang masalah,” katanya yang juga penyanyi untuk pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Seorang yang tidak gemar bersolek tebal, Hazwany hanya mengenakan bedak asas, gincu, maskara dan celak untuk acara santai. Dia juga tidak mengambil sebarang makanan tambahan untuk kulit memandangk­an pernah mencuba namun tiada kesan ketara.

 ??  ?? HAZWANY menggunaka­n ubat gigi, telur, kulit kayu manis dan bawang putih untuk mencantikk­an wajah.
HAZWANY menggunaka­n ubat gigi, telur, kulit kayu manis dan bawang putih untuk mencantikk­an wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia