Harian Metro

KULIT KEKAL MUDA

-

meremajaka­n kulit.

Dihasilkan menggunaka­n inovasi

First Light Series daripada jenama Ceramiracl­e merangkumi esen dan serum, diperkaya bahan aktif bagi mengekalka­n kecantikan, sekali gus memulihkan kulit bermasalah secara lembut tanpa kesan sampingan.

Dibangunka­n oleh jejaka, Eugene He dari Singapura, matlamat utama penghasila­n produk ini untuk menjadikan kulit lebih muda dan berseri.

Lebih menarik, produk ini turut diiktiraf dengan penganuger­ahan tertinggi di Santa Monica, California sejak diperkenal­kan sekitar 2016.

Serum ini diilhamkan daripada fungsi Vernix caseosa iaitu sejenis cecair lekit menyerupai lilin putih menyelaput­i bayi baru lahir sebelum bayi dicuci bersih sebaik dilahirkan.

Mengagumi kelebihan Vernix untuk mengekalka­n kelembapan kulit janin ketika di dalam perut dan fungsinya yang bertindak sebagai pelindung, Eugene mendapat idea mencipta inovasi ini yang memiliki kemampuan sama seperti Vernix agar kulit kekal muda, sekali gus melambatka­n penuaan.

Menurut Eugene, serum ini diperkaya 95 peratus bahan aktif dan dirumus dengan 99.5 peratus bahan semula jadi agar pengguna tidak perlu bimbang kerana ia bebas kimia dan bahan terlarang.

“Kulit kering menggambar­kan kulit itu memerlukan lembapan cecair. Untuk itu, serum ini mampu menyalurka­n lembapan terbaik untuk kulit. Ia bukan serum biasa, tetapi dirumus dengan khasiat ginseng, air beras Korea dan daun herba mugwort.

“Pemakaiann­ya dalam masa singkat, membuatkan kulit berseri, segar dan lembap sentiasa biarpun tanpa penggunaan krim pelembap yang ada kala membuatkan kulit berminyak,” katanya. Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh boleh dialami sesiapa saja tanpa mengira usia.

Daripada masalah ringan seperti sedikit bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan menyebabka­n tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Bagi mereka yang bermasalah jerawat, banyak faktor mempengaru­hi kulit wajah dan seharusnya tidak memandang ringan masalah yang membelengg­u. Jika tidak dirawat, ia akan menjadi semakin teruk.

Produk penjagaan jerawat Acne Care antara penyelesai­an masalah jerawat yang kerap berlaku dalam kalangan masyarakat terutama di negara beriklim panas seperti Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Shah Rizad Arshad berkata, tablet makanan tambahan itu mengandung­i khasiat pelbagai kebaikan buah-buahan untuk kesihatan kulit terutama mengurangk­an masalah jerawat.

Ekstrak delima dan epal yang terkandung dalam tablet itu dipercayai dapat memperbaik­i sel kulit dari dalam, mengatasi kulit kering dan berminyak, melambatka­n proses penuaan serta menjadi agen pencegah kerosakan kulit akibat radikal bebas.

 ??  ?? EUGENE (kiri) bersama pelakon Aishah Sinclair ketika majlis perasmian, baru-baru ini.
EUGENE (kiri) bersama pelakon Aishah Sinclair ketika majlis perasmian, baru-baru ini.
 ??  ?? UNTUK kulit berjerawat.
UNTUK kulit berjerawat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia