Harian Metro

Pengurus, artis sama teruk

-

Bukan kali pertama, tapi sudah berkali-kali SS mendengar cerita buruk mengenai pengurus penyanyi lelaki yang seorang ini.

Kalau SS sebut nama penyanyi itu, satu Malaya pasti kenal kerana dia memang sangat popular.

Kalau sebelum ini penyanyi itu sendiri suka ‘buat hal’ yang menjengkel­kan, nampaknya sikap buruk itu kini berjangkit kepada pengurusny­a.

Baru-baru ini, SS mendengar cerita daripada seorang peminat.

Menurut peminat itu, dia bersama beberapa temannya hadir ke satu acara yang turut dihadiri penyanyi lelaki itu.

Selepas selesai acara itu, mereka ternampak penyanyi itu keluar menuju ke tempat letak kereta. Jadi, seperti biasa, peminat ingin bergambar dengannya.

Apabila bertemu dengan penyanyi itu yang ditemani pengurusny­a, salah seorang peminat ditolak oleh pengurus penyanyi itu yang berlagak seperti seorang mafia.

Terkilan dengan sikap pengurus itu yang bertindak sedemikian, peminat itu pun sudah mula hilang rasa hormat kepada pengurus artis berkenaan.

Bagi SS, kalau nak jaga keselamata­n artis yang diuruskann­ya pun, janganlah sampai menggunaka­n kekerasan terhadap peminat. Lagi pun, mereka bukan nak merompak atau apa, tapi sekadar bergambar bersama.

SS: Sesuai atau tidak kalau SS gunakan kata-kata,

‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia