Harian Metro

Rakam keterangan enam individu

- Farah Suhaidah Othman cnews@nstp.com.my

Enam individu sudah diambil keterangan susulan kes seorang anggota tentera didakwa dibuli sehingga menyebabka­n kakinya melecur teruk selepas direndam dalam air panas dalam kejadian di sebuah kem tentera di Batu Gajah pada 14 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Yahya Abd Rahman berkata, pihaknya sudah merakam keterangan enam individu termasuk dua penyelia dan beberapa orang saksi bagi membantu siasatan.

Bagaimanap­un, menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan pihaknya berkaitan kes terbabit.

“Kes juga sudah dirujuk kepada Bahagian Siasatan Perundanga­n berikutan ia membabitka­n penjawat awam.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, semalam. Dalam kes berkenaan, bapa anggota tentera terbabit, Syed Mohd Nadzri Abd Jakil, 44, mendakwa kaki Syed Mohamad Naim, 20, direndam dalam air panas secara paksa oleh jurulatih dan senior kononnya bagi mengubati penyakit cagu dialami anaknya.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Batu Gajah sebelum dirujuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada hari kejadian.

Susulan kejadian itu, Syed Mohd Nadzri membuat laporan polis selain melantik peguam kerana mahu pembelaan terhadap anaknya.

Jumaat lalu, dilaporkan mangsa yang baru tujuh bulan bertugas di kem tentera berkenaan terpaksa menjalani pembedahan membuang kulit dan daging di kedua-dua kakinya akibat kejadian yang berlaku kira-kira

3 pagi itu.

 ??  ?? GAMBAR kaki mangsa yang melecur teruk selepas dipercayai direndam dalam air panas.
GAMBAR kaki mangsa yang melecur teruk selepas dipercayai direndam dalam air panas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia