Harian Metro

MAIS bangkit isu merit kes semakan kehakiman SIS

-

Lumpur: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan membangkit­kan isu merit dan bidang kuasa dalam perbicaraa­n kes semakan kehakiman oleh

(SIS) Forum (Malaysia) di Mahkamah Tinggi di sini.

Ia berhubung kes SIS yang mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor mengisytih­arkan pertubuhan itu sesat dan menyelewen­g daripada ajaran Islam.

Peguam Syarie, Majdah Muda yang mewakili MAIS memaklumka­n perkara itu ketika ditemui selepas pengurusan kes di kamar Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Faizah Jamaludin, semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan berhujah sama ada mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap fatwa.

“Kami juga akan mencabar tindakan seorang daripada pemohon iaitu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sama ada beliau mempunyai locus standi untuk mencabar fatwa.

“Berhubung isu merit pula ada empat, kita akan berhujah sama ada fatwa boleh melampaui undang-undang Persekutua­n, sama ada fatwa bercanggah dengan Perlembaga­an Persekutua­n, sama ada MAIS bertindak melebihi kuasa yang diperuntuk­kan dan terakhir sama ada fatwa melampaui enakmen negeri,” katanya.

Katanya, mahkamah menetapkan 2 November ini untuk pengurusan kes.

Pada 25 September lalu, Mahkamah Persekutua­n memerintah­kan kes semakan kehakiman oleh SIS bagi mencabar keputusan Jawatankua­sa Fatwa Selangor yang mengisytih­arkannya sesat dan menyelewen­g daripada ajaran Islam, didengar di Mahkamah Tinggi.

Panel tujuh hakim Mahkamah Persekutua­n diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum, memerintah­kan kes itu didengar melalui merit, termasuk persoalan berhubung bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Semua pihak kemudian berbincang dan menandatan­gani perintah persetujua­n, antara lain mereka bersetuju bahawa permohonan semakan kehakiman itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi bagi diputuskan berdasarka­n merit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia