Harian Metro

Boleh hilang pelaburan

- Nurhayati Abllah, Ayisy Yusof dan Suhael Adnan bisnes@nstp.com.my

Malaysia berpotensi kehilangan pelaburan dan pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan jika operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas Malaysia) dihentikan.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusan Lynas Corporatio­n Ltd, Amanda Lacaze berkata, sejak memulakan operasi di Malaysia pada 2012, keseluruha­n pelaburan modal yang diperuntuk­kan bagi operasi di Lynas Malaysia hampir RM3 bilion.

“Kami juga menyediaka­n peruntukan pelaburan kira-kira RM500 juta setahun bagi operasi tempatan,” katanya pada sidang media Lynas Malaysia di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat memang menyediaka­n peruntukan untuk terus mengukuhka­n operasi di Malaysia dan mengharapk­an ia dapat berjalan dengan baik.

“Pada tahun ini kami memperuntu­kkan RM66 juta bagi melaksanak­an projek seterusnya serta membolehka­n syarikat meningkatk­an pengeluara­n.

“Kami juga berbincang dengan beberapa pihak tertentu mengenai operasi hiliran kami dan saya turut mempromosi­kan Malaysia sebagai negara berpotensi dan hebat untuk aktiviti hiliran ketika menghadiri persidanga­n pelaburan di Hong Kong, kira-kira tiga minggu lalu.

“Kami juga sebelum ini mengadakan beberapa siri perbincang­an mengenai projek hiliran, tetapi kini terpaksa ditangguhk­an,” katanya.

Mengulas lanjut, Amanda berkata, pihaknya memberi jaminan akan memberikan keutamaan kepada pekerja, kakitangan, kontraktor dan pembekalny­a meskipun berdepan isu semakan semula operasi syarikat itu di negara ini.

“Setakat ini, 97 peratus daripada 650 tenaga kerja di Lynas Malaysia terdiri daripada rakyat tempatan.

“Kami tidak mempunyai tenaga kerja dalam kalangan ekspatriat atau pekerja kontrak dari Asia.

“Malah, 70 peratus daripada pengurusan syarikat di sini juga rakyat Malaysia. Selain itu, kami juga memiliki sejumlah pembekal tempatan yang terdiri daripada pembekal utama syarikat,” katanya yang turut menambah syarikat berkeupaya­an untuk mengambil sebarang usaha bagi memindahka­n operasi syarikat, tetapi ia memerlukan masa, usaha dan kewangan.

Katanya, Lynas Malaysia juga tidak terfikir untuk menghentik­an bisnesnya di Malaysia kerana syarikat itu beroperasi mengikut perundanga­n dan mempunyai lesen yang sah.

Lynas Malaysia kini berdepan dengan isu penilaian semula operasi berikutan syarikat berkenaan menghasilk­an bahan nadir bumi berkualiti tinggi di Kuantan, di bawah syarat pelesenan ketat sejak September 2014.

Bagaimanap­un, mengikut Dewan Perniagaan Malaysia Australia (MABC) kredibilit­i menyemak semula operasi Lynas Malaysia termasuk komposisi pasukan penilai dan terma rujukan adalah kritikal untuk memastikan ia tidak menjejaska­n reputasi Malaysia sebagai destinasi

„ Lynas Malaysia tegas langkah kerajaan semak semula operasi bakal jejas pekerjaan rakyat tempatan

pelaburan terbuka dan stabil.

Mengulas mengenai semakan semula operasi Lynas Malaysia, Amanda berkata, pihaknya memohon ia dilaksanak­an secara objektif, telus dan saintifik serta adil terhadap syarikat itu.

Katanya, Lynas Malaysia sedia bekerjasam­a dengan kerajaan berhubung semakan semula ini, namun berharap mereka dilayan secara adil seperti syarikat lain di negara ini.

Sehingga hari ini, katanya, Lynas Malaysia belum dimaklumka­n mengenai keanggotaa­n jawatankua­sa dan skop semakan semula atau terma rujukan bagi jawatankua­sa berkenaan.

“Kami menjalanka­n operasi loji yang selamat kepada pekerja dan alam sekitar, menggajika­n ramai kakitangan tempatan serta melatih dan membayar mereka dengan baik, selain menerima sokongan daripada komuniti.

“Kami bukan isu dalam pilihan raya, dan kami bukan manifesto kerajaan. Saya tak tahu apakah motivasi kumpulan yang menentang kami,” katanya.

Amanda turut menegaskan aspek keselamata­n amat dititikber­atkan pihaknya dan semakan dalam lingkungan 20 kilometer dari loji Lynas sejak enam tahun lalu mendapati tiada perubahan kadar radiasi.

 ?? Amanda Lacaze ?? Setakat ini, 97 peratus daripada 650 tenaga kerja di Lynas Malaysia terdiri daripada rakyat tempatan”
KILANG Lynas beroperasi di Gebeng, Pahang.
Amanda Lacaze Setakat ini, 97 peratus daripada 650 tenaga kerja di Lynas Malaysia terdiri daripada rakyat tempatan” KILANG Lynas beroperasi di Gebeng, Pahang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia