Harian Metro

Dah hantar datang balik!

-

„ Warga asing buka pusat jualan dimonopoli mereka 20m dari Pasar Besar Kuantan

Kuantan: Jabatan Imigresen Pahang sentiasa menjalanka­n operasi menggempur kawasan tumpuan warga asing dan pemeriksaa­n mengejut pada waktu tertentu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Pahang Mohd Norazam Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum aduan orang ramai mengenai kebanjiran warga asing di kawasan tertentu di Kuantan.

Beliau berkata, operasi serta pemeriksaa­n sering dijalankan dan ada sudah dihantar pulang kerana melakukan kesalahan namun masih ramai dalam kalangan mereka degil dan kembali semula ke negara ini.

“Ada yang kita tahan dan hantar pulang, tapi mereka kembali semula serta melanggar peraturan seperti tinggal lebih masa dan salah guna pas lawatan sosial,” katanya baru-baru ini.

Beliau mengulas pembongkar­an dijalankan wartawan mengenai kewujudan Pasar Bangladesh yang beroperasi sesuka hati terutama pada cuti hujung minggu di daerah ini.

Mohd Norazam berkata, lokasi Jalan Pasar sering digempur pihaknya dan Jabatan Imigresen Pahang maklum aduan orang ramai mengenai aktiviti jual beli dalam kalangan warga asing.

“Risikan dijalankan mengenai aktiviti jual beli dan perniagaan dijalankan mereka menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mengikut Peraturan 39(b) Akta Imigresen,” katanya.

Ketua Seksyen Perhubunga­n Awam Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) Izad Zainal Muhammad Safian berkata, pihaknya akan menyiasat jika wujud pemegang lesen perniagaan yang menyewakan kedai mereka kepada warga asing.

 ??  ?? PENIAGA warga asing menjual ikan kepada pelanggan walaupun sedar ia menyalahi undang-undang.
PENIAGA warga asing menjual ikan kepada pelanggan walaupun sedar ia menyalahi undang-undang.
 ??  ?? PENIAGA warga Bangladesh menjalanka­n perniagaan menjual sayur.
PENIAGA warga Bangladesh menjalanka­n perniagaan menjual sayur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia