Harian Metro

‘Bila dah ramai, mereka rasa kuat’

-

Kuantan: Kewujudan pasar warga asing di sekitar Jalan Pasar di sini, menimbulka­n pelbagai reaksi masyarakat tempatan yang mahu perkara itu dibanteras hingga ke akar umbi.

Pemandu teksi Safian Abdullah, 57, berkata, aktiviti di kaki lima yang dijalankan warga Bangladesh dan Myanmar wujud sudah sekian lama.

“Peniaga ini pandai bila pihak berkuasa buat operasi mereka tutup sekejap dalam seminggu atau dua minggu, kemudian mereka berniaga semula.

“Kalau tengok hari minggu memang penuh dengan orang mereka (warga asing). Kita tengok tak selesa.

“Kalau boleh pihak berkuasa perlu selalu datang dan pantau biar mereka takut sikit dengan undang-undang negara ini,” katanya.

Safian menganggap usaha membantera­s aktiviti perniagaan warga asing ini perlu dilakukan secara bersepadu oleh semua pihak termasuk Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Pekerja swasta Mariah Abu Zar berkata, kebanjiran warga asing menjadi punca masalah lain.

“Bila sudah ramai mereka rasa kuat, jadi soal undang-undang tolak tepi. Dulu mereka datang ke Malaysia untuk cari kerja, sekarang sudah pandai berniaga,” katanya yang menuntut penguatkua­saan tegas dijalankan.

Dia melahirkan kegusaran mengenai tahap keselamata­n di kawasan dibanjiri warga asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia