Harian Metro

Tangguh Isnin depan

- Murni Wan Omar murni@nstp.com.my

Kes membabitka­n peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta ditangguhk­an ke 8 Oktober ini.

Ia berikutan, pasukan pembelaan Muhammad Shafee sudah mengemukak­an permohonan untuk memindahka­n kes itu ke Mahkamah Tinggi dan ia didengar hari ini.

Peguam Harvinderj­it Singh yang mewakili Muhammad Shafee memberitah­u mahkamah pihaknya sudah memfailkan permohonan itu pada 24 September lalu.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukak­an sebarang bantahan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, membenarka­n permohonan itu dan menetapkan Isnin depan untuk Muhammad Shafee memaklumka­n kepada mahkamah berhubung perkembang­an kes itu.

Terdahulu, Rozina memerintah­kan pihak pendakwaan memberikan dokumen yang diperlukan kepada pasukan pembelaan dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, Harvinder ketika ditemui berkata, berbanding dengan kes Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) biasa, kes ini turut menyentuh beberapa isu Perlembaga­an dan bayaran upah peguam.

Muhammad Shafee ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengetepik­an Datuk Seri Gopal Sri Ram daripada mengetuai barisan pendakwaan dalam kes pengubahan wang haram yang dihadapiny­a itu.

Berhubung dokumen yang diperlukan, Muhammad Shafee berkata, setakat ini pendakwaan hanya menyerahka­n kenyataan beramaran dan bank dokumen kepada pembelaan.

Menurutnya, permohonan itu dilakukan selepas kes dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan membuat penyata tidak betul dengan tidak memaklumka­n RM9.5 juta jumlah pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Azura Alwi.

Muhammad Shafee didakwa membabitka­n diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil aktiviti haram melalui cek milik Najib dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berdepan dua pertuduhan membabitka­n diri secara langsung dalam transaksi hasil aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata tidak betul dan bertentang­an dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia