Harian Metro

Nafi salah guna beli saham RM954,286

-

Petaling Jaya: Pengarah syarikat kejurutera­an mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas pertuduhan menyalahgu­nakan harta milik seorang ahli perniagaan berhubung pembelian saham syarikat bernilai RM954,286, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Tshai Fook Cheung, 78, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa dengan curangnya menyalahgu­nakan wang tunai milik seorang lelaki, Tan Chin Ching, 58, yang mempercaya­i tertuduh akan menguruska­n proses jual beli saham syarikat, di mana mangsa tidak akan menyerahka­n wang RM954,286 jika tidak diperdaya sedemikian.

Tertuduh yang juga Pengarah Syarikat Pacific Engineerin­g Sdn Bhd melakukan kesalahan itu di Lot 30, Jalan 223, Seksyen 51A, di sini, 18 Mac 2015.

Pendakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun dengan sebat dan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Sarah Amirnuddin mencadangk­an jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, bagaimanap­un tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan terhadapny­a dikurangka­n dengan alasan penjamin hanya membawa RM5,000 saja.

Majistret Nurshahira­h Abd Salim membenarka­n tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.

 ??  ?? TSHAI
TSHAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia