Harian Metro

Jaga abang sampai akhir hayat

-

Baling: “Saya tidak sanggup berpisah dengannya lagi, biarlah saya menjaga abang sehingga akhir hayatnya,” kata Noriah Che Man, 72.

Noriah adik kepada lelaki warga emas, Mohd Rahim, 77, yang sebelum ini tinggal di pondok usang di kawasan semak di Kampung Binjul Dalam, Kuala Ketil.

Kisah lelaki itu pernah dipaparkan akhbar ini bulan lalu, selepas orang ramai bersimpati melihat nasibnya yang setiap hari mengharapk­an sumbangan orang ramai untuk makan dan minum.

Noriah berkata, abangnya mengalami masalah kemurungan sejak muda lagi sehingga sering bersendiri­an dan mengasingk­an diri daripada keluarga sebelum tinggal di pondok berkenaan.

“Keluarga kami mencapai kata sepakat menjaga abang termasuk menyediaka­n bilik berhampira­n rumah saya yang dilengkapi bekalan elektrik dan air.

“Pada mulanya abang tidak mahu tinggal di situ, tetapi selepas dipujuk, diberi makanan enak dan dipakaikan pakaian bersih, dia mula berubah serta tidak lagi merayau,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

Difahamkan, Mohd Rahim menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan selain turut mendapat pelbagai bantuan lain diberikan orang ramai yang bersimpati.

Sementara itu, Penyelaras Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil, Mohamad Sofee Razak berkata, pihaknya bersimpati dengan nasib menimpa Mohd Rahim dan berharap orang ramai tidak meminggirk­annya.

“Dia menghadapi masalah kurang pendengara­n dan keadaan itu menyukarka­n keluargany­a untuk berkomunik­asi sehingga terpaksa menggunaka­n bahasa isyarat selain menulis pada kertas untuk dibacanya.

“Pihak kami akan membantu dia dan berharap keluarga Noriah dapat menjaga lelaki warga emas itu dengan penuh tanggungja­wab,” katanya.

 ??  ?? MOHD Rahim (tengah) menerima sumbangan daripada Mohamad Sofee di Kampung Binjul Dalam.
MOHD Rahim (tengah) menerima sumbangan daripada Mohamad Sofee di Kampung Binjul Dalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia