Harian Metro

Dua rakan mengaku salah rompak jaga warga Nepal

- Teoh Pei Ying cnews@nstp.com.my

Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas pertuduhan melakukan rompakan dan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap seorang pengawal keselamata­n warga Nepal, awal bulan lalu.

Hakim Mahyon Talib menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun dan sekali sebatan terhadap R Ananth Priya, 31, dan memerintah­kan dia menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap pada 1 September lalu.

Bagaimanap­un, hukuman ke atas K Jeianran, 19, ditangguhk­an sementara menunggu laporan sosial 1 November depan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama melakukan rompakan dan dengan sengaja mendatangk­an kecederaan ke atas Chandra Bahadur Limbu, 29, di Lorong Titiwangsa 8, Taman Titiwangsa, Wangsa Maju, di sini, jam 7.50 pagi, 1 September lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi manakala Ananth tidak diwakili peguam.

Buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan dengan menghantar rokok seludup namun dicekup selepas empat kali melakukan kerja haram itu.

Itu menimpa dua lelaki pekerja perabot apabila ditahan polis ketika dalam perjalanan menghantar rokok seludup bernilai RM18,000 dengan jumlah cukai dianggarka­n RM37,740 di USJ 1, di sini, kelmarin.

Difahamkan, mereka mendapat upah RM500 seorang untuk setiap kali penghantar­an yang dipercayai didalangi satu sindiket.

Dua lelaki berusia 30-an terbabit dicekup anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) selepas menahan sebuah kenderaan jenis Toyota Unser yang dilihat mencurigak­an di kawasan berkenaan jam 1 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata,

„ Pekerja kedai perabot ditahan bawa barang seludup RM18,000

ketika pemeriksaa­n dilakukan anggotanya menemui 370 karton rokok di dalam tujuh kotak.

“Polis percaya kenderaan itu dalam perjalanan menghantar rokok berkenaan ke kedai runcit di sekitar Lembah Klang.

“Sehubungan itu, kita tahan dua lelaki terbabit untuk membantu siasatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, seorang daripada suspek memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Kedua-dua suspek bekerja di sebuah kedai perabot, kita mengesyaki pekerjaan menghantar rokok seludup ini kerja sampingan untuk mencari wang belanja.

“Mereka bertindak sebagai penghantar saja, ini adalah penghantar­an keempat untuk mereka,” katanya.

Mohammad Azlin berkata, pemeriksaa­n dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menunjukka­n jumlah cukai yang terbabit adalah RM37,740.

“Tiada sebarang pelekat amaran di atas kotak rokok berkenaan, dipercayai rokok ini dibuat di negara jiran dan dibawa masuk ke negara ini menggunaka­n laluan haram.

“Ia akan dijual RM5 sekotak dan diedarkan untuk pasaran Lembah Klang,” katanya.

Katanya, kes sudah diserahkan kepada JKDM dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

 ??  ?? MOHAMMAD Azlin menunjukka­n rokok seludup yang dirampas daripada dua lelaki.
MOHAMMAD Azlin menunjukka­n rokok seludup yang dirampas daripada dua lelaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia