Harian Metro

MRA bantu mangsa gempa

-

Malaysian Relief Agency (MRA) menghantar bantuan kecemasan iaitu makanan asas serta ubat-ubatan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Sulawesi Tengah, Indonesia, hari ini.

Timbalan Presiden MRA Khairil Annuar Khalid berkata, semua bantuan dianggarka­n bernilai RM20,000 itu akan dibawa pasukan pertama MRA ke Sulawesi Tengah.

“Bagi tujuan itu, kita turut melancarka­n Tabung Kemanusiaa­n Gempa Bumi Sulawesi khusus untuk membantu mangsa yang terjejas teruk akibat bencana berkenaan.

“Sumbangan rakyat Malaysia boleh dibuat melalui akaun Public Bank 39885 91608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang ada sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Mohd Fadhil Baharudin melalui talian 013 455 7020 atau pejabat MRA 03 91744672.

Jumaat lalu, gempa bumi kuat bermagnitu­d 7.5 mengakibat­kan tsunami melanda Sulawesi Tengah dan angka korban kini meningkat kepada lebih 1,000 mangsa.

Subang: Seramai 150 penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) terperangk­ap dalam tren selama 22 minit apabila sistem pengangkut­an itu tidak dapat berfungsi jam 7.56 pagi semalam.

Ketua Pegawai Operasi Rapid Rail (Laluan Kelana Jaya) Ismail Abdullah berkata, tren berkenaan yang dalam perjalanan ke selatan terkandas antara Stesen Kerinchi dan Stesen Universiti disebabkan kehilangan kuasa pendoronga­n.

Katanya, Sistem Penyeliaan dan Pengumpula­n Data (SCADA) mengesan kehilangan pendoronga­n tren Tr33 itu ketika di KL Sentral dan bertujuan menamatkan khidmat tren berkenaan sebaik tiba di Stesen Universiti bagi tujuan penstabila­n.

“Bagaimanap­un, disebabkan tiga unit penukaran kuasa (PCU) tren itu gagal berfungsi, tren kehilangan 75 peratus kuasa pendoronga­n dan hilang keupayaan untuk bergerak.

“Disebabkan masalah itu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia