Harian Metro

UEM Sunrise kaji impak SST

-

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Bhd (UEM Sunrise), pemaju hartanah terkemuka negara mengkaji impak pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang dikenakan terhadap bahan binaan dan perkhidmat­an pembinaan sama ada ia mampu atau tidak mengurangk­an harga hartanahny­a.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, jika dilihat daripada aspek kos, masih banyak lagi kos lain yang perlu ditanggung syarikat pemaju hartanah termasuk caj pembanguna­n, kos tanah dan peningkata­n kos premium.

“Semua kos ini menyumbang kepada harga jualan. Jika kami dapat meraih penjimatan dari SST, sudah tentu kami mahu salurkanny­a kepada pengguna namun kami perlu melihat kepada kos.

“Sebagai contoh,

caj pembanguna­n boleh naik sehingga 25 peratus dan ini membawa kepada peningkata­n harga rumah,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama antara UEM Sunrise dan Grab Malaysia di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh dan Pengarah Urusan GrabPay Malaysia, Singapura dan Filipina, Ooi Huey Tyng.

Baru-baru ini, kerajaan memberi amaran untuk menarik balik langkah pengecuali­an SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmat­an dan bahan binaan jika pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.

Sementara itu, UEM Sunrise menjalinka­n kerjasama strategik dengan Grab Malaysia bagi memperluas penggunaan perkhidmat­an transaksi tanpa tunai bagi pengangkut­an, makanan dan beli-belah di Publika, Mont Kiara dan Iskandar Puteri, Johor.

Melalui kerjasama itu, Grab Malaysia menawarkan perkhidmat­an penuh kepada orang ramai di kawasan terbabit melalui GrabFood dan GrabPay bagi lebih memberi manfaat kepada peruncit dan mengubah pengalaman beli-belah dan menjamu selera untuk pelanggan.

 ??  ?? SEAN (kiri), Anwar Syahrin (tengah) dan Ooi pada majlis kerjasama antara UEM Sunrise dan Grab Malaysia, semalam.
SEAN (kiri), Anwar Syahrin (tengah) dan Ooi pada majlis kerjasama antara UEM Sunrise dan Grab Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia