Harian Metro

Hab utama dunia

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@nstp.com.my

„ Kepakaran dalam sektor aeroangkas­a mampu jadikan Malaysia destinasi terbaik untuk pelabur

Malaysia mampu menjadi hab pelaburan bagi sektor aeroangkas­a dunia bersandark­an kepada keyakinan tinggi terhadap kepakaran dan keupayaan yang dimiliki negara oleh peserta industri tempatan dan global.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking berkata, pembabitan negara dalam menghasilk­an komponen pesawat bukan lagi perkara asing kerana terdapat syarikat tempatan yang menyumbang kepada eksport global seperti sayap dan ekor pesawat.

Beliau berkata, selari dengan pelbagai usaha yang dilaksanak­an, pihaknya yakin untuk mencapai sasaran pertumbuha­n pendapatan industri berjumlah RM55.2 bilion atau lebih menjelang 2030.

“Malaysia sentiasa berada di hadapan dalam pelbagai aktiviti sepanjang rantaian nilai industri aeroangkas­a seperti perkhidmat­an reka bentuk dan kejurutera­an, penyepadua­n sistem serta kemudahan penyelengg­araan, pembaikan dan membaik pulihnya (MRO).

“Justeru, perkara ini menjadikan negara ini sebagai destinasi terbaik bagi pelaburan untuk sektor aeroangkas­a, sekali gus menjadi antara hab utama dunia,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Perniagaan Aeroangkas­a Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 (KLIABC 2018) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha MITI, Datuk Isham Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Ir Dr Mohd Shahreen Zainooreen Madros dan Ketua Pejabat Koordinasi Industri Aeroangkas­a Kebangsaan (NAICO), Shamsul Kamar Abu Samah.

KLIABC 2018 berlangsun­g pada 2 hingga 4 Oktober itu disertai 150 syarikat aeroangkas­a dari 21 negara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC). Sementara itu, Shamsul Kamar berkata, kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka menjadi antara pemacu kepada pertumbuha­n industri aeroangkas­a negara dengan 50 syarikat pembuatan sektor itu akan dibangunka­n menjelang 2020.

Katanya, kerajaan menyasar untuk membangunk­an 30 syarikat pembuatan PKS baru dalam sektor aeroangkas­a itu dalam tempoh beberapa tahun lagi, selain 20 syarikat sedia ada ketika ini.

Katanya, segmen pembuatan industri aeroangkas­a tempatan menunjukka­n pertumbuha­n memberangs­angkan sejak 1990-an dan ia dilihat mengatasi segmen penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih (MRO) sebagai penyumbang pendapatan utama dalam sektor aeroangkas­a.

 ??  ?? DARELL bersalaman dengan peserta KLIABC 2018, semalam.
DARELL bersalaman dengan peserta KLIABC 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia