Harian Metro

Panasonic, JTB jalin kerjasama

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

„ Kios Interaktif bantu perniagaan berhubung dengan pelanggan di lokasi jauh

Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) memperkena­lkan penyelesai­an terbarunya iaitu

yang membantu perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan di lokasi lain melalui ciri perkhidmat­an dan komunikasi interaktif berkualiti tinggi.

Untuk peringkat awal, Panasonic Malaysia menjalin kerjasama dengan syarikat agensi pelanconga­n dari Jepun iaitu Japan Travel Bureau (Malaysia) Sdn Bhd (JTB Malaysia) bagi mengguna pakai penyelesai­an itu sebelum ia diperluask­an kepada syarikat lain pada masa depan.

Penasihat Sistem Penyelesai­an dan Pengurus Bahagian Perancanga­n dan Pemasaran Penyelesai­an Panasonic Malaysia, Shota Sato berkata, penyelesai­an itu adalah pertama seumpamany­a di rantau Asia Pasifik dan pertama kali digunakan oleh pemain dalam industri pelanconga­n di negara ini.

“Kami merancang untuk memperluas lagi penggunaan penyelesai­an ini bukan saja dalam sektor pelanconga­n, malah sektor lain di Malaysia dan negara lain pada masa depan selepas pelaksanaa­n projek rintis dengan JTB Malaysia ini,” katanya pada pelancaran

semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar dan Ketua Negara Sistem Penyelesai­an Panasonic Malaysia iaitu Seelan Kandasamy dan Pengarah Urusan JTB Malaysia, Masakatsu Otani.

JTB Malaysia menjadi syarikat pertama yang menggunaka­n penyelesai­an itu di mana ia membolehka­n pelanggan berinterak­si dengan kakitangan khidmat pelanggan di Jepun bagi mendapatka­n maklumat pada masa sebenar yang disalurkan kakitangan sokongan pelbagai bahasa JTB Corp di sana.

Sementara itu, Masakatsu berkata, penghasila­n penyelesai­an yang dibangunka­n Panasonic Malaysia itu tercetus apabila JTB Malaysia berhadapan dengan kesukaran bagi memberikan perkhidmat­an kepada pelanggan terutama pada waktu puncak.

Menurutnya, penyelesai­an itu dijangka mampu untuk mengurangk­an masa menunggu, sekali gus dapat meningkatk­an kecekapan perkhidmat­an pelanggan di cawangan salon pelanconga­n JTB Malaysia yang terletak di Shah Alam, Selangor.

 ??  ?? RAIHANAH Abu Bakar membuat demonstras­i cara menggunaka­n Interactiv­e Facing Kiosk Terminal, semalam.
RAIHANAH Abu Bakar membuat demonstras­i cara menggunaka­n Interactiv­e Facing Kiosk Terminal, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia