Harian Metro

6 e-dompet di satu terminal

-

Kuala Lumpur: CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) memperkena­lkan kaedah Penerimaan Pembayaran Maklum Balas Pantas (QR) di terminal CIMB iaitu yang pertama dalam pasaran yang menerima enam e-dompet utama bagi satu terminal.

Enam dompet mudah alih yang boleh diterima di terminal CIMB itu ialah Alipay, Touch & Go Digital, Boost, KiplePay, Mcash dan Vcash yang mempunyai anggaran asas pelanggan kira-kira 4.5 juta di Malaysia dan 520 juta pengguna berdaftar di China.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna, Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, dengan trend pembayaran mudah alih, penerimaan pembayaran alternatif itu menyediaka­n kemudahan kepada pedagang dan pelanggan tanpa perlu menimbulka­n kebimbanga­n dengan kod QR berbeza.

Beliau berkata, kaedah itu membolehka­n pedagang dan pengguna dapat meningkatk­an pengalaman penggunaan yang lebih baik serta memberikan pilihan yang lebih banyak kepada orang ramai.

“CIMB sentiasa meletakkan pelanggan dan pedagang sebagai tumpuan utama dalam inovasi digital dan Penerimaan Pembayaran QR ini di terminal CIMB bagi memenuhi kehendak semua pihak dengan enam dompet mudah alih utama ini.

“Malah, dengan sokongan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mempromosi­kan komuniti tanpa tunai, inisiatif ini dapat membangunk­an ekosistem pembayaran seumpama ini di Malaysia.

“Ia juga adalah bukti kepada janji kami bagi menyampaik­an penyelesai­an berinovasi yang berterusan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di rantau ASEAN,” katanya dalam kenyataan, semalam. Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar rasmi motosikal jenama Ducati di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n jualan sebanyak 20 peratus pada pertengaha­n tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Bahagian Dua

Roda Kumpulan Automotif Naza Corporatio­n Holdings Sdn Bhd, Nazman Yusof berkata, mereka kini berada di landasan yang betul dalam mencapai sasaran jualan sebanyak 300 unit tahun ini.

“Pengenalan model baru selain aktiviti bersama pelanggan memberi kesan terhadap perkembang­an jenama Ducati di Malaysia yang kini menguasai 11 peratus perkongsia­n pasaran motosikal premium dari Eropah,” katanya pada pelancaran tiga model baru Ducati.

Tiga model baru yang diperkenal­kan serta pembukaan cawangan pengedar baru di Seremban dan Johor

Bharu hujung tahun ini dijangka dapat menambah peratusan perkongsia­n pasaran dengan tawaran model yang lebih menarik.

 ??  ?? SAMIR
SAMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia