Harian Metro

BERANI SUNGGUH

- Agensi

„ Kanak-kanak perempuan bergelut dengan penjenayah yang merompak bapanya

Seorang kanak-kanak perempuan nekad bergelut dengan penjenayah yang merompak bapa dan keluargany­a di rumah.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku ketika Brielle Minia Alba, 8, bermain berhampira­n rumahnya di Cavite, Filipina sebelum empat lelaki yang menyamar sebagai penjual DVD datang.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n penjenayah yang bertopeng dan bersenjata­kan pistol itu merompak bapa Brielle, BJ Alba, 27, ketika dia keluar kereta sebaik pulang dari tempat kerja.

Tiga daripadany­a mengacukan pistol kepada keluarga terbabit, manakala seorang lagi mengambil barangan berharga di dalam rumah.

Mereka kemudian melarikan diri dan terserempa­k dengan Brielle yang dengan berani melompat ke arah lelaki yang memegang pistol.

Kanak-kanak itu terus merampas beg lelaki berkenaan menyebabka­nnya terkoyak dan wang yang dicuri bertaburan, sebelum berusaha merampasny­a semula. Akibatnya, Brielle disepak hingga patah hidung, luka dan lebam.

Kanak-kanak itu bagaimanap­un tidak takut, malah berazam mahu menangkap perompak berkenana.

“Saya tidak takut. Mereka pengecut. Kalau mereka datang lagi, pasti saya tangkap.

“Saya begitu marah mereka mencuri wang bapa saya. Wang itu milik keluarga saya. Keluarga saya bekerja keras untuknya,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara Brielle, Bhing yang juga tinggal di rumah itu berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan kejadian itu, namun tidak gentar.

“Mereka cuma mengambil wang dan kami tidak diapa-apakan. Ia cuma wang, kami masih boleh bekerja untuk mencarinya.

“Namun mereka akan menerima pembalasan nanti. Saya bangga dengan anak saudara saya, dia begitu berani,” katanya.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV menunjukka­n Brielle bersemuka dengan perompak berkenaan, malah menarik beg mengandung­i barangan dicuri. - Daily Mail BRIELLE cedera dipukul.
- Daily Mail
RAKAMAN CCTV menunjukka­n Brielle bersemuka dengan perompak berkenaan, malah menarik beg mengandung­i barangan dicuri. - Daily Mail BRIELLE cedera dipukul. - Daily Mail
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia