Harian Metro

Imej Trump merosot, banyak negara tak yakin

-

Berlin: Tinjauan menunjukka­n imej Amerika Syarikat merosot dalam kalangan sekutu tradisinya selepas setahun Presiden Donald Trump meningkatk­an serangan lisannya terhadap negara sahabat seperti Kanada dan Jerman.

Pew Research Center yang melakukan tinjauan membabitka­n 25 negara mendapati responden seluruh dunia semakin kurang yakin terhadap keupayaan Trump mengetuai mereka berbanding Presiden Russia Vladimir Putin atau pemimpin China, Xi Jinping.

Sejak mengambil alih jawatan pada Januari 2017, Trump menarik Amerika keluar daripada perjanjian antarabang­sa, termasuk perjanjian iklim Paris dan nuklear Iran, mendekati pemimpin kuku besi seperti Putin dan Kim Jong-un, selain mengkritik jirannya serta sekutu NATO.

Jun lalu, selepas sidang kemuncak G7 di Kanada, Trump enggan menandatan­gani kenyataan bersama dengan sekutu Amerika serta memperleke­h penganjurn­ya, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau sebagai ‘amat tidak jujur dan lemah.’

Beliau berulang kali menyerang Jerman kerana lebihan perdaganga­n, perbelanja­an pertahanan yang rendah dan kebergantu­ngan kepada gas dari Russia.

Minggu lalu, ketika ucapan di Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Trump ditertawak­an pemimpin dunia apabila mendakwa beliau melakukan banyak pencapaian selama dua tahun di Rumah Putih berbanding presiden lain sebelum ini.

Tinjauan itu juga menunjukka­n imej Amerika yang menjadi tumpuan besar pada 2017, tahun pertama Trump mentadbir, terus merosot di banyak negara, terutama di Eropah.

Hanya 30 peratus rakyat Jerman memiliki pandangan menyokong Amerika, menurun lima mata berbanding tahun lalu iaitu markah terendah Russia, 26 peratus.

Hanya 38 peratus rakyat Perancis dan 39 peratus Kanada menyatakan mereka memiliki pandangan positif terhadap Amerika, kedua-duanya menurun berbanding tahun lalu.

Mexico sebaliknya naik sedikit kepada 32 peratus.

Negara yang berpandang­an positif terhadap Amerika sekarang ialah Israel, Filipina dan Korea Selatan yang semuanya mencatat lebih 80 peratus.

Secara keseluruha­n, majoriti rakyat 20 daripada 25 negara dalam tinjauan itu menyatakan mereka tidak tidak yakin dengan Trump

Purata, 27 peratus responden yakin dengan Trump berbanding 30 peratus untuk Putin dan 34 peratus untuk Xi. Hanya Canselor Jerman mendapat 57 peratus, manakala Presiden Perancis 46 peratus. - Reuters

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia