Harian Metro

Pihak berkuasa India rampas aset ahli perniagaan RM360.18j

-

New Delhi: Pihak berkuasa India merampas aset bilionair ahli perniagaan barang kemas yang diburu, Nirav Modi, bernilai kira-kira AS$87 juta (RM360.18 juta) dalam usaha memberi tekanan kepada suspek utama kes penipuan bank kerajaan membabitka­n AS$1.8 bilion (RM7.45 bilion).

Menurut Direktorat Penguatkua­saan (ED), aset dirampas termasuk akaun bank luar negara dan perhiasan berlian bernilai AS$3.1 juta (RM12.83 juta) yang dibawa pulang ke India dari Hong Kong menerusi 23 penghantar­an.

“Barang kemas itu dipindahka­n keluar selepas polis persekutua­n India mendaftark­an kes penipuan terhadap Modi Januari lalu. Kerjasama antarabang­sa kini membuahkan hasil.

“Ia menjurus rampasan dan penjejakan barang kemas, akaun bank dan hartanah tidak boleh ubah bernilai AS$87 juta di India serta empat bidang kuasa asing,” kata ED dalam kenyataan.

Senarai aset dirampas termasuk hartanah di London bernilai kira-kira AS$7.8 juta (RM32.39 juta) dan dua lagi di New York bernilai AS$29 juta (RM120.06 juta).

Modi, kali terakhir dilihat di Britain, lari dari India Februari lalu, selepas pihak berkuasa menuduhnya menipu Punjab National Bank.

Modi dan bapa saudara serta rakan kongsinya, Mehul Choksi, juga seorang pedagang berlian, dituduh secara haram mengalihka­n pinjaman daripada bank itu kepada syarikat asing. Choksi kini berada di Antigua.

Modi, 47, memiliki kedai mewah di beberapa bandar utama dunia dan berbangga memiliki pelanggan selebriti termasuk aktres Naomi Watts, Kate Winslet dan Priyanka Chopra.

Forbes menganggar­kan kekayaanny­a bernilai AS$1.73 bilion (RM7.16 bilion), meletakkan­nya di tangga ke-85 individu terkaya di India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia