Harian Metro

Suami minta isteri bunuh diri

„ Mahu dapatkan pampasan insurans RM4.1 juta untuk bina komuniti agama

- Agensi

Seorang lelaki didapati bersalah menggalakk­an isterinya membunuh diri untuk mendapatka­n pampasan insurans berjumlah A$1.4 juta (RM4.1 juta) supaya dapat berhenti kerja dan membina komuniti agama dengan wang itu.

Graham Robert Morant, 69, didapati bersalah di Mahkamah Agung Brisbane atas tuduhan membantu dan menasihatk­an isterinya Jennifer, 56, supaya membunuh diri di kediaman mereka di Gold Coast pada 2014.

Morant benefisiar­i tunggal tiga polisi insurans hayat Jennifer bernilai A$1.4 juta (RM4.1 juta) ketika wanita itu membunuh diri pda November 2014.

Jennifer dilaporkan menderita sakit belakang kronik yang menyukarka­n tugasan harian walaupun yang paling mudah, lapor Daily Mail.

Morant dikatakan memujuknya selama beberapa bulan sebelum kematianny­a dengan mengatakan wangnya akan digunakan untuk membina komuniti agama seterusnya menjaminny­a tempat di syurga.

Tertuduh bagaimanap­un mendakwa kepada poils bahawa isterinya memang mahu mati. Jennifer tidak menghidap penyakit yang boleh membawa maut.

“Saya begitu bersemanga­t untuk hidup. Dia pula bersemanga­t untuk mati,” kata Morant dalam soal siasat sebelum ini.

Bagaimanap­un, dua saksi yang rapat dengan wanita itu memberi keterangan bahawa dia sebenarnya tidak mahu mati sebaliknya takut kerana ditekan oleh suaminya untuk berbuat begitu.

Antaranya, kakak Jennifer, Lynette Anne Lucas sebelum ini memberitah­u juri dalam keterangan­nya bahawa perbuatann­ya membunuh diri bukan dosa kerana mampu membantu gereja mereka dari segi kewangan.

Juri mengambil masa dua hari setengah untuk mencapai keputusann­ya, semalam. Orang awam yang menghadiri perbicaraa­n menangis selepas tertuduh didapati bersalah.

Mahkamah menetapkan 19 Oktober ini untuk hukuman.

 ??  ?? MORANT
JENNIFER
MORANT JENNIFER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia