Harian Metro

Mayat ditemui terbenam

-

Wellington: Mayat seorang lelaki ditemui dalam pesawat yang terhempas dan terbenam dalam lagun minggu lalu, seminggu selepas syarikat penerbanga­n mengumumka­n semua penumpangn­ya terselamat dalam nahas berkenaan.

Penerbanga­n Air Niugini Boeing 737-800 itu tersasar dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Weno di Micronesia pada pagi Jumaat lalu, menyebabka­nnya terbabas ke dalam lagun Chuuk.

Syarikat penerbanga­n pada mulanya berkata, semua 35 penumpang dan 12 anak kapal berjaya dikeluarka­n dengan selamat.

Namun, penyelam yang memeriksa bangkai pesawat itu akhirnya menemui mayat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Niugini, Tahawar Durrani berkata dalam satu kenyataan: “Dukacita saya mengesahka­n mayat seorang penumpang lelaki ditemui penyelam ketika membuat pencarian lanjut di lagun Chuuk.”

Kerajaan Micronesia berkata, penyelam tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang menemui mayat berkenaan. Butiran lanjut si mati tidak didedahkan.

Kerajaan berkata, sembilan orang cedera dalam nahas itu dengan empat daripada mereka parah.

Katanya, pasukan siasatan Micronesia bekerjasam­a dengan pegawai dari Papua New Guinea dan AS untuk mengenal pasti punca nahas.

“Kami kini berusaha mengeluark­an kotak hitam dari pesawat itu,” kata kenyataan itu.

Air Niugini Jumaat lalu berkata, keadaan cuaca ketika nahas amat buruk dengan hujan lebat dan tahap penglihata­n buruk. - AFP

 ??  ?? ORANG ramai diselamatk­an dari lokasi nahas, Jumaat lalu. - Reuters
ORANG ramai diselamatk­an dari lokasi nahas, Jumaat lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia