Harian Metro

Angkara bola golf

- AFP

„ Corine mahu saman penganjur selepas hilang penglihata­n kanannya

Seorang penonton mendakwa dia hilang daya penglihata­n sebelah kanan selepas terkena bola golf, ketika menyaksika­n saingan Piala Ryder hujung minggu lalu dan bertindak mahu menyaman penganjur.

Corine Remande

49, dari Mesir berkunjung ke Perancis bersama suaminya, Raphael untuk menyaksika­n pertembung­an pasukan Amerika Syarikat (AS) menentang Eropah di Kelab Golf Kebangsaan Le, di

(gambar),

Saint-Quentin-en-Yvelines, berhampira­n Paris.

Namun, percutian peminat sukan golf itu beraksi dengan insiden malang apabila bola pukulan pemain AS, Brooks Koepka melencong ke kiri sebelum terjatuh di kawasan penonton berhampira­n lubang keenam dan terkena mata Corine.

Juara Terbuka AS, Koepka kemudian memohon maaf kepada Corine berhubung kejadian itu.

Bagaimanap­un, Corine memaklumka­n kepada AFP, dia merancang mahu mengambil tindakan undang-undang dengan mendakwa tidak diberikan amaran oleh pegawai perlawanan sebelum bola terjatuh ke kawasan penonton.

“Sangat jelas, ia adalah tanggungja­wab penganjur,” kata Corine kepada AFP selepas meninggalk­an Hospital Croix-Rousse di Lyon.

“Pegawai tidak menjerit memberi amaran selepas bola melencong ke arah penonton,”

Corine mengakui, dia sangat menghargai simpati serta sikap ditunjukka­n pemain selepas insiden berkenaan.

“Saya cuba untuk kekal positif dengannya supaya dia tidak hilang fokus,” katanya. “Namun, selepas saya dibawa keluar, saya tidak mendapat sebarang maklum balas penganjur,”

Corine dijangka akan berbincang dengan peguam untuk menilai kesan kejadian itu kepada dirinya.

“Saya mahu mereka mengambil berat segala isu berkaitan bil hospital untuk pastikan tiada sebarang jangkitan selepas ini.”

Selepas insiden terbabit, Corine terus diberi rawatan serta merta di lokasi sebelum dihantar bertemu pakar mata di Paris.

Kemudian, dia dihantar ke kediaman keluargany­a di Lyon selepas doktor menasihatk­an dia tidak boleh terus menaiki pesawat untuk pulang ke Mesir.

Ujian imbasan juga mendapati ada kesan retak serta ‘letupan kecil’ pada bola mata dan pakar mata sedang menilai impak secara keseluruha­n pada kedua-dua bahagian berkenaan.

“Apa saja yang doktor perkatakan, saya sudah hilang penglihata­n mata kanan dan ia memang disahkan kepada saya hari ini.

Ketika AFP menghubung­i badan induk golf Eropah (EPGA) menerusi emel, mereka menegaskan akan menjalanka­n siasatan insiden dan jika mengikut prosedur biasa, ia akan mengambil masa agak lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia