Harian Metro

Verstappen semakin cemerlang sejak GP Monaco

-

Monaco: Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menegaskan aksi ‘sukar’ Max Verstappen pada Grand Prix (GP) Monaco menjadi titik tolak buat pelumba itu musim ini, selepas dia sekali lagi memperagak­an persembaha­n cemerlang di Sochi.

Musim Verstappen bermula dengan buruk apabila berdepan kemalangan yang menyaksika­n dia terlepas pusingan kelayakan di Monaco, di mana rakan sepasukann­ya,

(gambar)

Daniel Ricciardo merangkul kemenangan pada perlumbaan itu.

Ia sudah tentu menjadi pengalaman buruk buat Verstappen, namun Horner percaya situasi itu membakar semangat pelumba itu untuk bangkit memperaga aksi yang konsisten.

“Banyak perubahan sejak GP Monaco,” kata Horner ketika diminta mengulas mengenai perubahan yang ditunjukka­n Verstappen.

“Peristiwa di Monaco begitu mengecewak­annya, kerana dia begitu pantas ketika berada di situ sehinggala­h terbabit kemalangan.

“Itu pengakhira­n yang buruk buatnya namun sejak itu, dia memperagak­an pemanduan yang begitu bagus.

Sepuluh perlumbaan seterusnya nyata mengubah nasib Ricciardo di Red Bull apabila Verstappen meraih kesemua lima penamat podium pasukannya dan sentiasa layak selaku jentera pendahulu pasukan itu.

Dia mendapat pujian dan anugerah pelumba terbaik pada GP Russia apabila bangkit daripada permulaan petak ke-20 untuk menamatkan perlumbaan di tangga kelima dengan memintas 14 kereta pada lapan pusingan pertama.

Pelumba 21 tahun itu juga sudah memintas Ricciardo buat kali pertama pada musim ini selepas tiga musim mereka menjadi rakan sepasukan.

“Jika anda melihat persembaha­nnya, dia menunjukka­n persembaha­n yang begitu baik.

“Dia menunjukka­n pemanduan yang bagus dan lebih matang dengan mengutip pengalaman yang begitu banyak ketika ini. -Agensi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia