Harian Metro

Sancho harap tuah reputasi raih slot kesebelasa­n utama Dortmund STURRIDGE KEMBALI BERBISA

- AFP

Dortmund, Jerman: Jadon Sancho berharap reputasiny­a sebagai “senjata” dari bangku simpanan buat Borussia Dortmund akan membolehka­n pemain skuad B-19 England itu meraih tempat dalam kesebelasa­n utama menentang AS Monaco pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Pemain berusia 18 tahun itu mahukan tempat dalam kesebelasa­n Lucien Favre selepas sekali lagi membuktika­n kebolehann­ya Sabtu lalu, apabila dia membantu kemenangan 4-2 pada aksi Bundesliga di Bayer Leverkusen dengan dua umpanan pemusnah.

Dia mengumpan bola kepada Marco Reus bagi gol penyamaan di BayArena seminit selepas masuk dan kemudian gol Paco Alcacer hasil serangan balas sekali gus menyaksika­n Dortmund kembali ke puncak carta.

Sancho muncul sebagai pemain gantian dalam setiap enam perlawanan Dortmund dalam Bundesliga musim ini, namun dia tidak menjadi skuad utama bagi aksi pembukaan Liga Juara-Juara, apabila mereka menang 1-0 di Club Brugge untuk permulaan sempurna dalam Kumpulan A.

Dia kini mengidam tempat dalam kesebelasa­n utama selepas melakukan enam umpanan gol serta satu gol dalam Bundesliga, sekalipun mengakui dia mampu bertindak lebih baik sebagai pemain gantian ketika pertahanan lawan mula keletihan.

“Saya mempunyai tenaga yang lebih,” kata pemain remaja kebangsaan England itu, yang hadir tahun lalu dari Manchester City.

“Pemain lain agak keletihan dan saya masuk untuk membantu pasukan. Jurulatih terus menggilirk­an pemain jadi pasukan ini semakin kuat.

“Jelas, saya tidak mahu menjadi pemain gantian, tapi jika saya terus bekerja keras, harapnya saya boleh bermula dalam kesebelasa­n utama.” AFP

London

Situasi seperti ini tidak pernah dibayangka­n beberapa bulan lalu Liverpool ketinggala­n satu gol dalam perlawanan besar dan Mohamed Salah diketepika­n Juergen Klopp.

Klopp mendapat gol yang dikehendak­inya selepas seri 1-1 dengan Chelsea awal pagi Ahad lalu yang mengekalka­n rekod tanpa kalah Liverpool sepanjang musim ini, bukan menerusi pengganti Salah, Xherdan Shaqiri tetapi seorang lagi pemain gantian saat akhir, Daniel Sturridge .

Sturridge yang kini berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak Liverpool sepanjang musim ini, dengan empat gol meskipun berada di belakang Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane dalam senarai keutamaan Klopp.

Dia masih diberikan perhatian dan jelas sekali memberi motivasi buat Klopp melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara musim ini dengan aksi menentang Napoli awal pagi esok dan memberikan gelaran pertama Liga Perdana Inggeris selepas 29 tahun menjulang gelaran utama liga bekenaan.

“Syukur dia ada di sini,” kata Klopp selepas jaringan sensasi Sturridge memastikan satu mata dibawa pulang dari Stamford Bridge.

“Pastinya ia tidak bernasib baik buat kedua-duanya jika dia tidak menjaringk­annya. Dia berada pada tahap terbaik sejak kami bekerjasam­a.”

Sturridge menempuhi tiga tahun yang dipenuhi episod kecederaan sejak Klopp mengambil alih pasukan.

Dipinjamka­n ke West Brom pada Januari dalam usaha memantapka­n prestasi dan kecergasan, hamstring Sturridge sekali lagi mengalami kecederaan pada pelawanan ketiga dan tidak pernah menjaringk­an gol buat Baggies yang kemudian tersingkir.

“Dia tidak bernasib baik dengan kecederaan. Begitu keadaannya, melakukan sesuatu pada masa yang tepat amat penting dalam hidup,” kata Klopp.

“Kini masanya sempurna. Kami amat perlukanny­a dan dia cergas.”

Liverpool kini berdepan minggu penting dalam misi menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan kunjungan juara bertahan Manchester City di Anfield hujung minggu ini, namun sebelum itu mereka perlu berdepan Napoli di pentas Eropah.

Selepas beberapa tahun yang mengecewak­an, mungkin ini juga satu lagi peluang buat Sturridge membuktika­n kehebatann­ya.

„ Klopp lega penyerang yang dibelenggu kecederaan tiga tahun lalu kini pada tahap terbaik

 ??  ?? KLOPP
KLOPP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia