Harian Metro

Sahut cabaran Howe

- AFP

„ Poppies cipta kemenangan dramatik, lebur kebangkita­n lawan

Bournemout­h mencipta kemenangan dramatik dan mendebarka­n ketika menewaskan Crystal Palace 2-1, hasil jaringan penalti Junior Stanislas pada penghujung perlawanan Liga Perdana Inggeris di Dean Court, semalam.

Skuad bimbingan Eddie Howe itu berada di depan hasil jaringan David Brooks

seawal minit kelima, sebelum Patrick Van Aanholt menyamakan kedudukan untuk Palace, lima minit selepas babak kedua berlangsun­g.

Van Aanholt dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringk­an gol, namun Bournemout­h jelas berjaya mengekalka­n rentak permainan menarik mereka pada musim ini dan lebih berbahaya ketika melakukan serangan.

Ketika saingan berbaki tiga minit, pemain gantian, Stanislas berjaya menyempurn­akan sepakan penalti selepas Mamadou Sakho didakwa menyiku Jefferson Lerma.

Kini, Bournemout­h meraih

(gambar)

empat kemenangan setakat musim ini dan berada di kedudukan ketujuh Liga Perdana.

“Ia kemenangan yang besar bagi kami. Palace mempuyai beberapa pemain hebat. Kami bermati-matian untuk menewaskan mereka,” kata Howe.

Kemenangan itu juga adalah yang pertama mereka ketika beraksi di laman sendiri menentang Palace, sejak November 1988.

“Penalti yang kami berikan pada akhir perlawanan begitu mengecewak­an,” kata pengurus Palace, Roy Hodgson.

“Saya tidak tahu Mama (Sakho) cuba menghalang­nya tetapi kelihatann­ya itulah yang dilakukann­ya.”

Palace pula kekal berada di kedudukan bawah liga selepas kalah empat perlawanan setakat ini.

Selepas kekalahan 0-4 pada Burnley minggu lalu, Howe mendesak pemain Bournemout­h supaya ‘kembali kepada asas’ untuk bermain bola sepak dan meraih kemenangan.

Jelas, mesej itu berjaya membangkit­kan semangat pemain untuk lebih ghairah memburu kemenangan serta mempamerka­n aksi lebih bertenaga.

 ??  ??
 ??  ?? PERTAHANAN Palace, James Tomkins (kiri) berebut bola dengan pemain Bournemout­h, Dan Gosling di Stadium Vitality awal pagi semalam.
PERTAHANAN Palace, James Tomkins (kiri) berebut bola dengan pemain Bournemout­h, Dan Gosling di Stadium Vitality awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia