Harian Metro

Pertemuan lerai kemelut

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@nstp.com.my

„ Rundingan antara Syed Saddiq, Teong Kim tentu masa depan pengendali program NFDP itu

Pertemuan ‘empat mata’ antara Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan Pengarah Akademi Mokthar Dahari (AMD), Lim Teong Kim hari ini dijangka mampu menyelesai­kan kemelut mengenai masa depan bekas pemain kebangsaan itu di dalam Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

Syed Saddiq bagaimanap­un enggan menerangka­n lebih lanjut mengenai inti pati pertemuan itu tetapi mengesahka­n pihaknya sudah menghubung­i Teong Kim.

Sumber terdekat kepada menteri pula mengesahka­n besar kemungkina­n Teong Kim tidak dipecat.

“Pejabat Menteri Belia dan Sukan sudah menyatakan mahu bertemunya (Teong Kim). Harap ia akan menjadi kenyataan,” kata Syed Saddiq ketika ditemui pada sesi Townhall di Putrajaya, semalam.

“Kami sudah menerima maklum balas, sama-sama nantikan apa yang akan berlaku,” katanya.

Syed Saddiq menambah, beliau perlu menunggu Mesyuarat Jawatankua­sa Khas NFDP pada 15 Oktober ini

(gambar)

sebelum membuat keputusan termasuk sama ada untuk menerima surat peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif NFDP, Safirul Azli Abu Bakar.

“Saya tidak mahu membuat keputusan secara drastik kerana saya sudah katakan sebelum ini kami perlu memutuskan­nya pada mesyuarat jawatankua­sa.

“Tindakan hanya akan dilakukan selepas menerima cadangan jawatankua­sa,” katanya.

Kedudukan Teong Kim ‘terancam’ selepas pasukannya gagal layak ke Piala Dunia 2019 bawah 17 tahun apabila tersingkir awal daripada Kejohanan AFC bawah 16 tahun.

Gajinya sebanyak RM175,000 turut dipersoalk­an. Bagaimanap­un beberapa pihak kekal mempertaha­nkannya.

 ??  ??
 ??  ?? SYED Saddiq (kiri) pada sesi Motorsport­s Townhall di Putrajaya, semalam.
SYED Saddiq (kiri) pada sesi Motorsport­s Townhall di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia