Harian Metro

Taring baharu Harimau Malaya

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

„ Penyerang berbisa Pahang dipanggil sertai skuad kebangsaan

‘Ingat main-main’ Itu reaksi pantas Mohamadou Sumareh ketika mengulas khabar mengenai penyenarai­an namanya ke kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan menentang Sri Lanka dan Republik Kyrgyz, bulan ini.

Penyerang berbisa Pahang itu mengaku dia seakan-akan tidak percaya Tan Cheng Hoe (jurulatih skuad kebangsaan) sendiri yang menghubung­inya untuk memaklumka­n perkara itu.

Pemain kelahiran Gambia itu berkata, dia dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula Isnin ini sekali gus menjadi pemain naturalisa­si pertama yang akan beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Menurut pemain berusia 27 tahun itu, dia terkejut dan seakan tidak percaya apabila mendapat panggilan daripada Cheng Hoe kerana dia menjangkak­an rakan sepasukann­ya yang menghubung­inya untuk bergurau.

“Sebenarnya, saya sedang merancang percutian bersama rakan sepasukan, Patrick Cruz sebelum mendapat panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.

“Saya menjawab panggilan dan pemanggil memperkena­lkan diri sebagai jurulatih (Cheng Hoe) sebelum menyatakan dia mahu memanggil saya untuk kem latihan skuad kebangsaan.

“Saya ingatkan ia hanyalah gurauan, namun selepas agak lama berbual, baru saya menyedari semuanya adalah benar. Jadi, saya gembira dan teruja kerana ini adalah satu perkembang­an yang baik untuk karier saya.

“Panggilan untuk menjalani latihan skuad kebangsaan sememangny­a tidak dijangkaka­n, jadi saya berterima kasih kepada jurulatih.

Panggilan untuk menjalani latihan skuad kebangsaan sememangny­a tidak dijangkaka­n, jadi saya berterima kasih kepada jurulatih”

Mohamadou Sumareh

Sudah tentu dia percaya saya mampu membantu menjadikan pasukan Malaysia lebih baik dan saya akan memberikan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sri Lanka bakal menjadi negara pertama merasai ‘bisa’ Sumareh selepas dia antara enam pemain baharu yang dipanggil Cheng Hoe untuk menghadapi dua perlawanan persahabat­an kelas ‘A’, bermula di Colombo pada 12 Oktober ini.

Selepas itu, Malaysia akan melayan Republik Kyrgyz di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 Oktober.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia