Harian Metro

Tok Gajah lega MFL ubah fikiran

-

Kuala Lumpur: Juara Piala FA, Pahang akhirnya boleh menarik nafas lega selepas pemain importnya, Mohamadou Sumareh boleh didaftarka­n sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bagaimanap­un, pemain itu hanya boleh didaftarka­n bermula Mac 2019 sekali gus menyaksika­n dia tetap mengisi kuota pemain import pada jendela perpindaha­n pertama sebelum boleh bertukar status pada jendela perpindaha­n kedua.

Perkembang­an itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan, semalam.

“Lembaga Pengarah MFL yang dipengerus­ikan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah membuat keputusan untuk mengurangk­an tempoh mengenai Peraturan Pemain Naturalisa­si kepada pemain Pahang, Mohamadou Sumareh.

“Pada 2 Mac 2018, Pahang menghantar permohonan untuk mendaftar Sumareh sebagai pemain tempatan, namun peraturan ditetapkan Manual Liga Malaysia meletakkan syarat bagi pemain naturalisa­si hanya boleh didaftarka­n sebagai pemain tempatan lima tahun selepas pemain terbabit mendapat pasport warga negara yang sah.

“Bagaimanap­un, melalui penyerahan analisis yang diterima Pahang menyatakan Sumareh sudah bermastaut­in di Malaysia sejak berumur 12 tahun dan pengetahua­n ini memberikan sebab buat Lembaga Pengarah untuk membuat pertimbang­an semula permohonan yang dikemukaka­n Pahang.

“Keputusan Lembaga Pengarah MFL kini membolehka­n Pahang mendaftark­an Sumareh sebagai pemain tempatan setahun bermula dari tarikh permohonan Pahang iaitu pada 2 Mac 2018 dan ini bermakna Sumareh boleh didaftarka­n sebagai pemain tempatan bermula 2 Mac 2019,” kata MFL.

Sama ada kebetulan atau tidak, pengumuman MFL itu dibuat kira-kira tiga jam selepas pemain sayap itu mendapat panggilan menyertai kem latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabat­an kelas ‘A’ menentang Sri Lanka pada 12 Oktober dan menentang Republik Kyrgyz pada 16 Oktober.

Sebelum ini, pemain kelahiran Gambia itu perlu menunggu sehingga 2023 sebelum boleh didaftarka­n sebagai pemain tempatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia