Harian Metro

Bos Gaurus hormati skuad Badak

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Ipoh: Perak tetap menghormat­i Sabah biarpun mungkin ada pihak yang sangsi dengan kemampuan skuad Liga Perdana itu.

Bagi Perak, Sabah bukan calang-calang pasukan apatah lagi mereka sudah membuktika­n kemampuan dengan berjaya menempatka­n diri dalam kelompok empat terbaik Piala Malaysia musim ini.

Bagi jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berada di separuh akhir selepas mengejutka­n beberapa pasukan yang lebih besar membuktika­n cabaran Sabah tidak boleh dipandang remeh.

“Bagi mana-mana pasukan yang mampu mara sebegini jauh bererti ia pasukan yang mempunyai kewibawaan dan perwatakan.

“Jadi, saya sekali-kali tidak pandang mudah pasukan Sabah. Mereka mempunyai pemain tempatan dan import berkaliber,” katanya.

Justeru, Durakovic mengingatk­an anak buahnya supaya berada dalam keadaan cukup bersedia untuk perlawanan pertama di Stadium Perak, Ahad ini dan aksi timbal balik di Stadium Likas pada 21 Oktober.

Jurulatih berasal dari Australia itu berkata, segala maklumat mengenai pasukan lawan adalah hasil penelitian­nya di peringkat kumpulan lagi.

“Sabah pasukan yang bagus dan bersemanga­t juang tinggi,” katanya.

Begitupun, Durakovic berharap anak buahnya mampu mengulangi persembaha­n bertenaga seperti ketika menentang PKNS FC, Ahad lalu.

“Ia persembaha­n terbaik setiap anggota pasukan dan saya berharap mereka mampu mengulangi­nya di separuh akhir,” katanya.

„

 ??  ?? TERENGGANU perlu berdepan halangan getir menentang JDT di separuh akhir sebelum ke final.
TERENGGANU perlu berdepan halangan getir menentang JDT di separuh akhir sebelum ke final.
 ??  ?? GILMAR (kanan) antara taruhan utama Bos Gaurus robek gawang Sabah.
GILMAR (kanan) antara taruhan utama Bos Gaurus robek gawang Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia