Harian Metro

Harap Terengganu, Sabah ke final

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Ahmad idam kelainan pada pentas akhir Piala Malaysia

Bukan diselangi rasa cemburu terhadap mana-mana pasukan, tetapi bekas pemain kebangsaan, Ahmad Yusof teringin untuk melihat Terengganu dan Sabah beraksi di final Piala Malaysia 2018.

Meskipun ramai yang memilih aksi final bakal diisi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak, namun Ahmad yang juga bekas jurulatih Terengganu pada 2015 itu tidak teragak-agak untuk menongkah arus kali ini.

Ahmad berkata, faktor inginkan kelainan menyebabka­n beliau memilih Terengganu dan Sabah meskipun menyedari pertembung­an JDT-Perak di final menjanjika­n perlawanan lebih dramatik.

“Kita sedia maklum dengan kemampuan JDT. Sejak beberapa musim kebelakang­an ini mereka mendominas­i bola sepak negara. Jadi, jika mereka layak ke final sekali lagi, ia satu perkara biasa.

“Saya mahukan kelainan dan elemen kejutan pada Piala Malaysia kali ini. Untuk itu, saya ingin lihat Terengganu mengalahka­n JDT pada separuh akhir dan mara ke final.

“Lagipun, sudah lama Terengganu tidak beraksi pada final Piala Malaysia. Kali terakhir pada 2011, itu pun kalah kepada Negeri Sembilan,” ujar Ahmad yang pernah membimbing skuad Penyu pada 2015 sebelum disisihkan pada awal musim 2016.

Bekas pemain Pulau Pinang dan Pahang itu juga berharap Sabah dapat meneruskan fenomena yang mereka cipta pada Piala Malaysia musim ini hingga ke kemuncak pertanding­an itu.

“Sabah pasukan underdog yang memeranjat­kan banyak pihak kerana tiada siapa menduga mereka mampu melangkah sejauh ini.

“Saya sukakan kesungguha­n yang mereka tunjukkan dan berharap mereka dapat meneruskan­nya pada separuh akhir dengan mengalahka­n Perak,” katanya.

 ?? Ahmad Yusof ?? Saya mahukan kelainan dan elemen kejutan pada Piala Malaysia kali ini”
Ahmad Yusof Saya mahukan kelainan dan elemen kejutan pada Piala Malaysia kali ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia