Harian Metro

PETEH harap pemain perah keringat, pengalaman

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Kelab Penyokong Bolasepak Negeri Terengganu (PETEH) menuntut pemain Terengganu FC (TFC) supaya mempamerka­n belang sebenar di pentas separuh akhir Piala Malaysia dan jangan sesekali menyimpan kuku, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

PETEH mengharapk­an majoriti pemain yang sarat dengan pengalaman mampu menggunaka­n segala ilmu dalam misi menumpaska­n Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.

Presiden PETEH, Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, kemahiran dan pengalaman sebahagian besar pemain TFC harus dimanfaatk­an sebaik mungkin dalam misi getir itu.

PETEH turut mengharapk­an kepakaran jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim mampu diterjemah­kan dengan kemenangan berdasarka­n keupayaann­ya membentuk pasukan yang mantap sejak musim lalu.

Irfan Bakti berjaya membawa kembali skuad Penyu ke saingan Liga Super musim ini selepas muncul naib juara Liga Perdana musim lalu.

“Kepakarann­ya yang pernah membimbing lapan pasukan termasuk kelab Persipura Jayapura (Liga Indonesia) amat ditagih dalam aksi penting ini. Kami mahu impian melihat skuad itu melangkah ke final menjadi kenyataan,” kata Dr Najmil.

Berdasarka­n rekod, jurulatih berusia 67 tahun itu pernah membimbing skuad Terengganu menjuarai Piala FA dan naib juara Piala Malaysia pada 2011.

“Kedua-dua pasukan memiliki kelebihan tersendiri biarpun JDT menang dalam aksi Liga Super, tetapi itu bukan alasan buat pemain TFC untuk mudah menyerah kalah.

“Aksi liga dan Piala Malaysia adalah dua situasi berbeza. TFC mesti memburu bekalan selesa sebelum pertemuan kedua di tempat lawan pada 20 Oktober ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia