Harian Metro

LAGAK GENGSTER

- Oleh Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Rakaman video menunjukka­n seorang lelaki memecahkan cermin sebuah Toyota Harrier kerana dipercayai menghalang laluan kenderaann­ya menjadi tular di laman sosial.

Kejadian itu didakwa berlaku di Lintas Square di sini, malam kelmarin, apabila seorang lelaki dipercayai pemilik kenderaan Toyota Land Cruiser berbuat demikian selepas kenderaann­ya tidak dapat keluar dari petak letak kereta berikutan dihalang Toyota Harrier terbabit.

Berdasarka­n rakaman berdurasi 1 minit 53 saat itu, lelaki berusia lingkungan 50-an terbabit memecahkan cermin sebelah pemandu Toyota Harrier sebelum dipercayai menurunkan brek tangan dan menolak kenderaan itu bersama beberapa lelaki lain.

Kenderaan Toyota Land Cruiser roda itu kemudian meninggalk­an lokasi berkenaan, namun dalam rakaman itu menunjukka­n pemilik Toyota Harrier muncul di tempat kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, setakat pagi semalam pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan.

Beliau berkata, polis menyedari mengenai rakaman berkenaan dan akan menjalanka­n siasatan untuk mengenal pasti sama ada kejadian itu berlaku di daerah ini.

“Sekiranya benar kejadian itu berlaku, polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an bencana atau mungkin Seksyen 506 akta sama (menakutkan secara jenayah).

“Bagaimanap­un setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi daripada mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui pada Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.

 ??  ?? SEORANG lelaki memecahkan cermin sebuah Toyota Harrier kerana dipercayai menghalang laluan dengan meletakkan kenderaann­ya secara ‚double park‘ di Lintas Square.
SEORANG lelaki memecahkan cermin sebuah Toyota Harrier kerana dipercayai menghalang laluan dengan meletakkan kenderaann­ya secara ‚double park‘ di Lintas Square.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia