Harian Metro

Pintas pikap curi bawa duit

-

Bau: Wang tunai RM10,000 dan peralatan menghisap dadah.

Itu penemuan mengejutka­n sepasukan pegawai dan anggota tentera yang berjaya memintas sebuah pikap curi yang cuba diseludup ke Indonesia melalui Serikin, di sini, Jumaat lalu.

Pasukan rondaan Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD) yang menjalanka­n rondaan di sekitar kawasan hutan di pekan kecil itu terserempa­k Land Crusier Prado dipandu seorang lelaki jam 7.05 pagi.

Pegawai Pemerintah­nya, Leftenan Kolonel Shamzaini Misran berkata, lelaki berusia 40-an itu memandu dalam keadaan mencurigak­an sebelum pasukannya berjaya menahan kenderaan itu ketika melalui laluan tanah merah di hutan.

Menurutnya, lelaki terbabit gagal mengemukak­an sebarang bukti pemilikan kenderaan berkenaan selain menggunaka­n jalan yang tidak diwartakan untuk keluar dari negara ini.

“Suspek dipercayai menerima upah daripada sindiket tertentu untuk membawa pikap dicuri di negara ini untuk diseludup ke Kalimantan Barat menggunaka­n laluan tikus.

“Kenderaan itu dilaporkan hilang sebelum ini dan hasil perkongsia­n maklumat dengan polis membolehka­n pasukan rondaan menjalanka­n intipan di sempadan untuk mengesan pikap berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaa­n lanjut menemui wang tunai berjumlah RM10,000 dan peralatan menghisap dadah di dalam pikap berkenaan.

Katanya, bagaimanap­un siasatan lanjut terhadap penemuan wang dan peralatan menghisap dadah selain cubaan penyeludup­an kenderaan itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

 ??  ?? PASUKAN rondaan Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD) menahan suspek dan sebuah Land Crusier Prado yang cuba diseludup ke Indonesia.
PASUKAN rondaan Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4KAD) menahan suspek dan sebuah Land Crusier Prado yang cuba diseludup ke Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia